YouVersion Logo
Search Icon

Amsal 9:1-6, 13-18

Amsal 9:1-6 AVB

Hikmah telah membina rumahnya serta menegakkan ketujuh-tujuh tiangnya. Ia telah menyembelih haiwannya, mencampurkan air anggurnya, juga menyediakan sajian mejanya. Ia telah mengutus para pelayan perempuannya, dan dari atas tempat-tempat tinggi di kota ia mengundang, “Sesiapa yang betul bendul, menyimpanglah ke mari!” Kepada orang yang kurang akal, demikianlah katanya, “Mari, makanlah rotiku, dan minumlah air anggur yang telah kucampur. Tinggalkanlah kebebalan, maka kamu akan hidup, dan majulah di jalan pengertian.”

Amsal 9:13-18 AVB

Perempuan yang bodoh itu cerewet; dia tidak bertimbang rasa, tidak tahu malu dan tidak tahu apa-apa. Dia duduk di depan pintu rumahnya, di tempat-tempat duduk yang terbuka dan tinggi di kota, mengundang orang yang melintasi jalan, yang sedang berjalan lurus, “Sesiapa yang betul bendul, menyimpanglah ke mari!” Kepada yang kurang berakal demikian katanya, “Air curian manis rasanya, dan roti yang dimakan secara bersembunyi-sembunyi sedap rasanya.” Tetapi orang itu tidak tahu bahawa di situ ada arwah, lantaran tamu-tamunya berada di alam barzakh.

Free Reading Plans and Devotionals related to Amsal 9:1-6, 13-18