YouVersion Logo
Search Icon

Maleakhi 4

4
Hari TUHAN akan tiba
1“Sesungguhnya, hari itu akan datang, menyala-nyala seperti relau. Semua orang yang angkuh dan setiap orang yang melakukan kefasiqan akan menjadi seperti tunggul jerami. Hari yang mendatang itu akan menghanguskan mereka,” demikianlah firman TUHAN alam semesta, “tanpa meninggalkan akar dan cabang. 2Tetapi bagi kamu yang takut kepada nama-Ku, matahari yang penuh perbenaran#4:2 Perbenaran: Perkataan ini dalam bahasa Ibrani mempunyai beberapa makna. Antaranya: sesuatu yang adil, benar dan yang selaras dengan kehendak Tuhan. akan terbit dengan membawa kesembuhan pada sayapnya. Sebagaimana anak lembu dari kandangnya, kamu akan keluar sambil melompat-lompat. 3Kamu akan menginjak-injak orang fasiq. Pada hari Aku bertindak itu, mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.
4“Ingatlah hukum Taurat iaitu segala ketetapan dan peraturan yang diperuntukkan bagi semua orang Israel yang Kusampaikan melalui hamba-Ku Musa di Horeb.
5 # Mat 11:14; 17:10-13; Mrk 9:11-13; Luk 1:17; Yoh 1:21. Sesungguhnya, Aku akan mengutus kepadamu Nabi Elia, sebelum tiba hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. 6Dan dia akan membuat hati bapa berbalik kepada anak-anak mereka dan hati anak-anak kepada bapa mereka, supaya Aku tidak datang dan mengazabkan bumi dengan kemusnahan yang mutlak.”

Currently Selected:

Maleakhi 4: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy