YouVersion Logo
Search Icon

Lukas 14:25-33

Lukas 14:25-33 AVB

Orang ramai sedang mengiringi Yesus apabila Dia berpaling dan berkata kepada mereka: “Jika seseorang datang kepada-Ku dan dia lebih mengasihi ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya, adik-beradiknya dan nyawanya, dia tidak boleh menjadi murid-Ku. Sesiapa yang tidak memikul salibnya dan mengikut-Ku tidak boleh menjadi murid-Ku. Jika seseorang antara kamu ingin membina sebuah menara, dia akan terlebih dahulu duduk dan menganggarkan perbelanjaannya untuk memastikan sama ada dia mempunyai wang yang cukup untuk menyiapkan pembinaan itu. Jika dia sudah meletakkan asas menara itu, tetapi tidak dapat menyiapkan pembinaannya, semua orang yang melihat hal itu akan mengejeknya. ‘Orang ini telah memulakan pembinaan itu, tetapi tidak dapat pula menyiapkannya.’ Jika seorang raja yang mempunyai sepuluh ribu orang askar hendak keluar berperang dengan raja lain yang membawa dua puluh ribu orang askar untuk menyerangnya, dia akan mempertimbangkan dahulu sama ada dia cukup kuat untuk menentang raja tersebut. Kalau dia tidak dapat berbuat demikian, dia akan memerintah utusan-utusannya untuk bertanyakan syarat-syarat perdamaian semasa musuhnya masih jauh lagi. Begitu juga sesiapa antara kamu yang tidak meninggalkan segala miliknya, tidak boleh menjadi murid-Ku.”

Free Reading Plans and Devotionals related to Lukas 14:25-33