YouVersion Logo
Search Icon

Ratapan 3:22-33

Ratapan 3:22-33 AVB

Kerana kasih setia TUHAN tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tidak akan pudar. Semuanya baru setiap pagi. Besarnya kesetiaan-Mu! “TUHAN ialah Pusakaku,” kata jiwaku, “sebab itu aku berharap kepada-Nya.” TUHAN itu baik bagi orang yang menanti-nantikan Dia, bagi jiwa yang mencari hadirat-Nya. Baik jika seseorang menanti dengan tenang akan penyelamatan daripada TUHAN. Baik jika seorang lelaki menanggung beban kuknya pada masa mudanya. Biarlah dia duduk sendirian dan berdiam diri kalau Tuhan membebankan kuk itu ke atasnya. Biarlah mulutnya membaham debu, mungkin masih lagi ada harapan. Biarlah dia menyerahkan pipi kepada orang yang menamparnya, dan biarlah dia sarat dengan celaan. Tuhan tidak mencampakkan sesiapa pun untuk selama-lamanya. Sekalipun Dia mendatangkan dukacita, belas ihsan-Nya setimpal dengan kelimpahan kasih-Nya yang abadi. Dia tidak rela menindas atau mendukakan anak manusia.

Video for Ratapan 3:22-33

Free Reading Plans and Devotionals related to Ratapan 3:22-33