YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 61

61
Hamba TUHAN yang diutus
1 # Mat 11:5; Luk 7:22. # Luk 4:18,19. Roh Tuhan ALLAH ada padaku,
kerana TUHAN telah mengurapi#61:1 Terjemahan lain: ‘melantik’ aku
untuk membawa khabar baik kepada orang yang tertindas.
Dia mengutus aku untuk membalut hati yang hancur,
untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan
dan kelepasan bagi para tahanan;
2 # Mat 5:4. untuk mengisytiharkan tahun keredaan TUHAN
dan hari pembalasan Allah kita;
untuk menghiburkan semua yang berkabung;
3untuk memberi orang yang berkabung di Sion,
ya, untuk mengurniai mereka perhiasan kepala sebagai ganti abu,
minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan,
dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar.
Mereka akan disebut “Pokok oak perbenaran,”#61:3 Perbenaran: Dalam bahasa Ibrani, tsedeq, perkataan ini mungkin merujuk kepada umat Allah bagaikan pokok oak yang kuat dan tegap kerana mereka telah menjalankan keadilan Tuhan.
yang ditanam TUHAN supaya Dia dipermuliakan.
Umat Allah yang diberkati
4Mereka akan membina semula tempat-tempat yang sudah lama rosak
dan menegakkan kembali tempat-tempat yang dahulunya sunyi.
Mereka akan memperelok semula kota-kota yang rosak,
yang telah menjadi sunyi turun-temurun.
5Orang asing akan melayani kamu sebagai gembala kawanan kambing dombamu,
orang luar akan menjadi pembajak tanahmu dan pengurus kebun anggurmu.
6Tetapi kamu akan disebut para imam TUHAN,
dan akan dinamai para hamba Allah kita.
Kamu akan menikmati kekayaan bangsa-bangsa
dan akan memegahkan diri dalam kelimpahan mereka.
7Sebagai ganti rasa malumu, kamu akan menerima dua kali ganda,
dan sebagai ganti aib, orang akan bersorak-sorai atas bahagian yang diperoleh mereka.
Demikianlah mereka akan menerima warisan dua kali ganda di negeri mereka,
dan kesukaan yang kekal akan menjadi milik mereka,
8kerana Aku, TUHAN, mencintai keadilan,
dan membenci perampasan serta kezaliman.
Aku akan memberi mereka upah dengan benar
dan mengikat perjanjian yang kekal dengan mereka.
9Keturunan mereka akan terkenal di antara bangsa
dan anak cucu mereka dalam kalangan suku bangsa.
Semua orang yang melihat mereka akan mengakui
bahawa mereka memang keturunan yang diberkati TUHAN.
10 # Why 21:2. Aku sangat bergirang di dalam TUHAN,
jiwaku bergembira di dalam Allahku,
kerana Dia mengenakan pakaian penyelamatan kepadaku
dan menyelubungi aku dengan jubah perbenaran,#61:10 ‘Jubah perbenaran’ ialah bahasa kiasan yang dapat bermakna Tuhan telah mengumumkan orang itu benar.
seperti pengantin lelaki memakai perhiasan kepala
dan pengantin perempuan berhias diri dengan barang kemasnya.
11Sesungguhnya, seperti bumi mengeluarkan tunasnya
dan seperti kebun menumbuhkan apa yang ditabur di dalamnya,
demikianlah Tuhan ALLAH akan menumbuhkan perbenaran
dan puji-pujian di hadapan segala bangsa.

Currently Selected:

Yesaya 61: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy