Yesaya 41:13-16
Yesaya 41:13-16 AVB
kerana Aku, TUHAN, Allahmu, memegang tangan kananmu dan berfirman kepadamu, ‘Jangan takut, Aku akan menolong engkau.’ Jangan takut, wahai si ulat Yakub, wahai orang Israel. Aku akan menolong engkau,” demikianlah firman TUHAN, Penebusmu, Yang Maha Suci, Allah Israel. “Sesungguhnya, Aku menjadikan engkau tukul pengirik yang tajam, baru, dan bergerigi. Engkau akan membanting gunung-gunung dan melumatkannya, engkau akan menjadikan bukit-bukit seperti sekam. Engkau akan menampi mereka, lalu angin akan menerbangkan mereka dan badai akan menghamburkan mereka. Engkau akan bergembira kerana TUHAN dan bermegah kerana Yang Maha Suci, Allah Israel.