Efesus 1
1
1 # Kis 18:19-21; 19:1. Daripada Paulus, rasul Kristus Yesus dengan kehendak Allah,
Kepada semua orang salih di Efesus, iaitu orang yang beriman kepada Kristus Yesus:
2Kasih kurnia dan damai sejahtera kepadamu daripada Bapa kita Allah dan daripada Tuhan Yesus Kristus.
Berkat rohani dalam Kristus
3Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus. 4Sebabnya Dia telah memilih kita dalam Kristus sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya.
Dalam kasih, 5Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Yesus Kristus kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya — 6supaya terpujilah kemuliaan kasih kurnia-Nya, yang dirahmati-Nya kepada kita dalam Dia yang dikasihi-Nya. 7#Kol 1:14.Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya 8yang dilimpahkan-Nya kepada kita dengan segala kebijaksanaan dan pengertian. 9Dia memberitahu kita rahsia kehendak-Nya, menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam Kristus, 10bahawa setelah sampai masa pelaksanaannya — Dia akan menyatukan segala sesuatu di bawah Kristus sebagai Kepala, baik yang di syurga mahupun yang di bumi.
11Dalam-Nya juga kita telah mendapat warisan, kerana telah ditentukan dari mulanya menurut maksud Allah yang melakukan segalanya seperti pertimbangan kehendak-Nya, 12bahawa kami yang mula-mula menaruh harapan pada Kristus akan mendatangkan puji bagi kemuliaan-Nya.
13Kamu juga dalam Kristus setelah mendengar kata kebenaran, iaitu Injil tentang penyelamatanmu. Dan dalam-Nya, setelah mempercayai-Nya, kamu telah dimaterai dengan Roh Kudus yang dijanjikan-Nya, 14yang menjadi jaminan bagi warisan kita hingga penebusan orang yang dimiliki Allah — segala puji bagi kemuliaan-Nya.
Syukur dan doa
15Oleh itu aku juga, setelah mendengar bahawa kamu beriman kepada Tuhan Yesus dan mengasihi semua orang yang salih, 16tidak putus-putus bersyukur tentangmu dan menyebutmu dalam doaku. 17Aku berdoa semoga Allah Tuhan kita Yesus Kristus, iaitu Bapa kemuliaan, memberimu roh kebijaksanaan dan wahyu untuk mengenali-Nya. 18Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya, limpah kemuliaan warisan-Nya dalam orang yang salih, 19dan betapa besar kuasa-Nya bagi kita yang beriman. Demikianlah pelaksanaan kuasa-Nya yang agung itu 20#Mzm 110:1.dalam Kristus apabila membangkitkan-Nya daripada kematian dan mendudukkan-Nya di sebelah kanan-Nya di syurga.
21Allah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang. 22#Mzm 8:6.#Kol 1:18.Allah meletakkan segalanya di bawah kaki-Nya dan menjadikan-Nya Kepala semua hal ehwal jemaah, 23yang merupakan tubuh-Nya, disempurnakan oleh Dia yang menyempurnakan segala-galanya.
Currently Selected:
Efesus 1: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
EFESUS 1
1
1 #
Kis 18.19-21, 19.1 Surat ini daripada Paulus, yang menjadi rasul Kristus Yesus kerana kehendak Allah. Surat ini ditujukan kepada umat Allah di Efesus#Dalam beberapa buah naskhah kuno tidak terdapat: di Efesus. yang setia dalam hidup yang bersatu dengan Kristus Yesus.
2Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.
Berkat Rohani melalui Kristus
3Marilah kita bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus, Allah sudah memberkati kita dengan segala berkat rohani dari syurga. 4Sebelum dunia ini diciptakan, Allah telah memilih kita untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus, supaya kita menjadi suci dan tidak bercela di hadirat-Nya.
Kerana kasih-Nya, 5Allah#di hadirat-Nya. Kerana kasih-Nya, Allah; atau di hadirat-Nya, dan supaya hidup dalam kasih Allah. telah membuat keputusan untuk menjadikan kita anak-anak-Nya melalui Yesus Kristus. Itulah keinginan dan kehendak Allah. 6Marilah kita memuji Allah bagi rahmat-Nya yang mulia, yang dikurniakan-Nya kepada kita melalui Anak yang dikasihi-Nya! 7#Kol 1.14 Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah, 8yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita dengan berlimpah-limpah!
Dengan segala kebijaksanaan dan pengertian, 9Allah telah melaksanakan tujuan-Nya. Dia memberitahu kita rancangan-Nya yang dirahsiakan, tetapi yang sudah ditentukan-Nya akan disempurnakan melalui Kristus. 10Rancangan itu akan disempurnakan oleh Allah pada masa yang ditentukan-Nya. Rancangan itu adalah untuk menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala.
11Allah melakukan semuanya menurut rancangan dan keputusan-Nya sendiri. Dari mula-mula lagi Dia telah memilih kita, kerana Dia mahu supaya kita menjadi umat-Nya oleh sebab hidup bersatu dengan Kristus. 12Marilah kita, yang pertama sekali berharap kepada Kristus, memuji kemuliaan Allah!
13Kamu juga menjadi umat Allah, ketika kamu mendengar berita tentang ajaran benar,#ajaran benar; Harfiah: firman kebenaran. iaitu Berita Baik yang membawa penyelamatan kepada kamu. Kamu percaya kepada Kristus, dan untuk menunjukkan bahawa kamu milik Allah, Allah mengurniai kamu Roh-Nya#Roh-Nya; Harfiah: Roh Kudus. yang telah dijanjikan-Nya itu. 14Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu meyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya!
Doa Paulus
15Oleh itu, sejak aku mendengar berita bahawa kamu percaya kepada Tuhan Yesus, dan bahawa kamu mengasihi semua umat Allah, 16aku tidak berhenti-henti bersyukur kepada Allah untuk kamu. Aku mengingat kamu apabila aku berdoa. 17Aku memohon supaya Allah Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa yang mulia, mengurniai kamu Roh-Nya. Roh Allah akan menjadikan kamu bijaksana dan akan menunjukkan Allah kepada kamu sehingga kamu mengenal Dia. 18Aku memohon agar Allah menjadikan fikiran kamu terbuka untuk memahami ajaran-Nya. Dengan demikian kamu mengetahui apa yang dapat kamu harapkan daripada Allah yang memanggil kamu. Betapa indah dan berlimpah-limpahnya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya, 19serta betapa besar kuasa-Nya yang menolong kita, orang yang percaya kepada Kristus. Kuasa itu seperti kuasa 20#Mzm 110.1 yang digunakan oleh Allah ketika Dia membangkitkan Kristus daripada kematian, lalu memberi Dia tempat duduk di sebelah kanan-Nya di syurga.
21Di situ Kristus berkuasa atas semua pemerintah, penguasa, pemimpin, dan raja. Kristus jauh lebih berkuasa daripada sesiapa pun, baik yang hidup pada zaman ini mahupun pada zaman yang akan datang. 22#Mzm 8.6 Allah menaklukkan semuanya ke bawah kekuasaan Kristus, dan memberikan Kristus kepada jemaah sebagai penguasa segala sesuatu. 23#Kol 1.18 Jemaah itu tubuh Kristus, dan kesempurnaan Kristus, dan Kristus menyempurnakan segala sesuatu di mana-mana sahaja.#menyempurnakan segala sesuatu di mana-mana sahaja; atau dan Dia sendiri telah disempurnakan oleh Allah.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.