Pengkhutbah 2:1-5, 11-17
Pengkhutbah 2:1-5 AVB
Aku berkata dalam hatiku: “Mari, aku mengujimu dengan keseronokan. Maka berseronoklah! Namun demikian, keseronokan juga sia-sia sahaja.” Dalam hal ketawa aku berkata: “Itu suatu kegilaan!” Tentang keriangan pula: “Apa gunanya?” Aku memikir-mikirkan betapa air anggur merangsang tubuhku walhal akal budiku terus memimpinku dengan hikmah — dan cara menguasai kebodohan sampai aku mampu menyedari apa yang baik-baik bagi anak-anak manusia, yakni perkara yang seharusnya dilakukan mereka dalam ruang lingkup usia mereka hidup di bawah langit ini. Maka aku perhebat segala pekerjaanku: untuk diriku, aku membina rumah-rumah, serta membangunkan kebun-kebun anggur; aku mengusahakan bagiku kebun-kebun dan taman-taman, dan menanaminya dengan rupa-rupa pohon buah
Pengkhutbah 2:11-17 AVB
Ketika aku meneliti segala pekerjaan yang kulakukan dengan tanganku dan atas segala sudah kuusahakan dengan penat lelah, ketara segalanya kesia-siaan belaka dan usaha menjaring angin yang tiada manfaat di bawah matahari. Maka berpalinglah aku lalu meninjau hikmah, kegilaan dan kebodohan itu. Apa yang dapat dilakukan orang yang menggantikan raja kecuali perbuatan yang pernah dibuat sebelum itu. Lalu aku dapati betapa hikmah melebihi kebodohan sebagaimana cahaya mengatasi kegelapan. Bagi orang yang bijaksana, matanya ada di kepalanya walhal orang yang bodoh berjalan dalam kegelapan, tetapi aku tahu juga bahawa takdir yang sama menimpa mereka semua. Maka aku berkata dalam hatiku: “Kejadian yang menimpa orang bodoh juga akan menimpa aku, jadi bagaimanakah aku ini lebih bijaksana?” Lalu aku berkata dalam hati, bahawa ini semua juga sia-sia. Baik bagi orang yang bijaksana mahupun bagi orang yang bodoh, tiada kenangan yang abadi, kerana kesemuanya akan dilupakan pada hari-hari yang mendatang. Bukankah kematian menimpa baik orang yang bijaksana mahupun yang bodoh? Maka aku membenci kehidupan kerana kerja yang kubuat di bawah matahari perkara yang teruk kepadaku, segala-galanya hanya kesia-siaan laksana usaha menjaring angin.