Kolose 4
4
1 # Ef 6:9. Kamu sekalian yang menjadi tuan, berilah apa yang adil dan wajar kepada hamba-hambamu, kerana kamu tahu bahawa kamu pun mempunyai Tuan di syurga.
Arahan-arahan lain
2Bertekunlah dalam doa dan berjaga-jaga serta mengucap syukur. 3Doakan kami juga, semoga Allah membukakan kami suatu pintu bagi firman-Nya, supaya kami bercakap tentang rahsia Kristus. Oleh sebab rahsia itulah aku terpenjara ini, 4semoga aku dapat menyatakannya dengan jelas, sebagaimana yang sewajarnya.
5 # Ef 5:16. Dekatilah orang luar dengan bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan baik. 6#Keb 8:12.Perkataanmu hendaklah sentiasa penuh dengan kasih kurnia, digarami kebijaksanaan, supaya kamu tahu menjawab setiap orang dengan sewajarnya.
Salam akhir
7 # Kis 20:4; 2Tim 4:12. # Ef 6:21,22. Saudara kita Tikhikus yang dikasihi akan memberitahumu segala hal ehwalku. Dia seorang hamba yang beriman, dan teman sekerjaku dalam pekerjaan Tuhan. 8Aku mengutusnya kepadamu supaya dia mengetahui hal ehwal kamu dan menggalakkan hatimu. 9#Flm 1:10-12.Bersamanya ialah saudara kita Onesimus yang beriman dan dikasihi, dia orang kamu. Mereka berdua akan memberitahu kamu segala yang berlaku di sini.
10 # Kis 19:29; 27:2; Flm 1:24. Kis 12:12,25; 13:13; 15:37-39. Aristarkhus, temanku dalam penjara, berkirim salam kepadamu. Demikian juga Markus, saudara sepupu kepada Barnabas. (Kamu telah mendapat arahan tentangnya; kamu harus menyambut jika dia datang mengunjungimu.) 11Yesus,#4:11 Nama ini juga diterjemahkan sebagai Yesua. yang dipanggil Yustus, juga berkirim salam kepadamu. Mereka inilah sahaja orang bersunat yang bekerja bersamaku untuk kerajaan Allah, dan mereka menjadi penghibur hatiku.
12 # Kol 1:7; Flm 1:23. Epafras, seorang daripada kamu, juga berkirim salam kepadamu. Dia hamba Kristus Yesus dan sentiasa mendoakanmu bersungguh-sungguh, supaya kamu berdiri teguh dengan penuh keyakinan dan kematangan dalam segala yang dikehendaki Allah. 13Aku bersaksi bahawa dia amat berusaha untuk kamu dan orang di Laodikia serta di Hierapolis. 14#2Tim 4:11; Flm 1:24. 2Tim 4:10; Flm 1:24.Lukas, tabib yang dikasihi itu, pun berkirim salam kepadamu, begitu juga Demas.
15Sampaikan salamku kepada saudara-saudara di Laodikia, dan kepada Nimfa serta jemaah di rumahnya itu. 16Apabila surat ini dibacakan dalam kalanganmu, pastikan bahawa surat ini dibacakan pula dalam jemaah orang Laodikia. Kamu pula bacalah surat dari sana. 17#Flm 1:2.Katakan kepada Arkhipus, “Berilah perhatian kepada kerja yang telah kamu terima dalam Tuhan, supaya kamu dapat melaksanakannya.”
18Salam daripadaku, Paulus, dengan tulisan tanganku sendiri. Ingatlah bahawa aku terpenjara.
Semoga kasih kurnia Allah menyertaimu.
Currently Selected:
Kolose 4: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
KOLOSE 4
4
1 #
Ef 6.9
Hai kamu yang menjadi tuan kepada abdi, perlakukanlah abdi dengan baik dan adil. Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai Tuan di syurga.
Petunjuk-Petunjuk
2Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada, sambil bersyukur kepada Allah. 3Berdoalah juga bagi kami, supaya Allah memberi kami peluang baik untuk mengisytiharkan berita tentang rahsia Kristus. Kerana hal itulah, sekarang aku dipenjarakan. 4Berdoalah supaya aku dapat menyampaikan berita itu dengan sejelas-jelasnya, kerana hal itulah yang mesti aku lakukan.
5 #
Ef 5.16
Hendaklah kamu bijaksana dalam hubungan dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, dan gunakan setiap peluang dengan sebaik-baiknya. 6Hendaklah percakapan kamu menyeronokkan dan menarik. Hendaklah kamu tahu memberikan jawapan kepada setiap orang dengan sepatutnya.
Penutup Surat dan Salam
7 #
Kis 20.4; 2 Tim 4.12 Tikhikus, saudara yang kita kasihi akan memberitahu kamu segala berita tentang aku. Dia seorang pekerja yang setia dan dia bekerja untuk Tuhan bersama-sama kami. 8#Ef 6.21-22 Itulah sebabnya aku mengutus dia kepada kamu, supaya dia boleh menggembirakan kamu dengan memberitahukan keadaan kami semua. 9#Flm10-12 Tikhikus akan disertai oleh Onesimus, seorang daripada kalangan kamu. Onesimus seorang yang setia dan kami mengasihinya. Mereka berdua akan memberitahu kamu segala sesuatu yang berlaku di sini.
10 #
Kis 19.29, 27.2; Flm24; Kis 12.12, 25, 13.13, 15.37-39 Aristarkhus yang ada di penjara bersama-samaku, mengirim salam kepada kamu. Demikian juga Markus, saudara sepupu Barnabas. (Kamu sudah diberitahu untuk menyambut Markus apabila dia datang.) 11Yesus, yang dipanggil Yustus, mengirim salam juga. Hanya mereka bertiga daripada orang Yahudi, yang sudah percaya kepada Yesus dan yang bekerja bersama-sama aku untuk mewujudkan Pemerintahan Allah.#Pemerintahan Allah; Harfiah: Kerajaan Allah. Mereka sangat menolong aku.
12 #
Kol 1.7; Flm23 Salam daripada Epafras, seorang lagi daripada kalangan kamu. Dia hamba Kristus Yesus, dan dia sentiasa berdoa dengan tekun bagi kamu. Dia memohon kepada Allah supaya iman kamu teguh, dan kamu betul-betul matang, serta taat kepada kehendak Allah dengan sepenuhnya. 13Aku sendiri dapat memberikan kesaksian betapa kerasnya dia bekerja untuk kamu dan untuk orang di Laodikia dan Hierapolis. 14#2 Tim 4.10,11; Flm24 Lukas, doktor yang kita kasihi dan Demas mengirim salam kepada kamu.
15Sampaikanlah salam kami kepada saudara-saudara di Laodikia, dan kepada Nimfa, serta jemaah yang beribadat di rumahnya. 16Setelah surat ini dibacakan kepada kamu, pastikanlah bahawa surat ini juga dibacakan kepada jemaah di Laodikia. Kamu juga harus membaca surat yang akan dikirim dari Laodikia. 17#Flm2 Katakanlah kepada Arkhipus, “Selesaikanlah tugas yang diberikan kepadamu untuk melakukan kerja bagi Tuhan.”
18Dengan tangan sendiri aku menulis kata-kata ini: Salam daripada Paulus. Janganlah lupa bahawa aku masih di dalam penjara!
Semoga Allah memberkati kamu.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.