Kolose 3
3
Peraturan untuk hidup suci
1 # Mzm 110:1. Dengan demikian, jika kamu telah dibangkitkan bersama Kristus, carilah perkara-perkara yang berkaitan dengan syurga, tempat Kristus duduk di sebelah kanan Allah. 2Tumpukan pemikiranmu kepada hal-hal di syurga, bukan hal-hal di bumi. 3Kerana kamu telah mati, dan hidupmu tersembunyi bersama Kristus dalam Allah. 4Apabila Kristus yang merupakan kehidupan kamu itu muncul, kamu akan muncul bersama-Nya dalam kemuliaan.
5Oleh itu, matikanlah dalam dirimu segala yang bersifat dunia: perbuatan cabul, kecemaran, hawa nafsu, keinginan jahat dan tamak haloba, yang sama dengan menyembah berhala. 6Disebabkan semua inilah kemurkaan Allah akan menimpa anak-anak derhaka. 7Dulu kamu pun berkelakuan demikian, pada masa kamu masih dalam kehidupan itu.
8Tetapi sekarang kamu haruslah menyingkirkan segalanya seperti: marah, geram, niat jahat, menghina Allah, mengeluarkan kata-kata kotor dari mulutmu. 9#Ef 4:22.Jangan bercakap bohong satu sama lain, kerana kamu sudah melucutkan dirimu yang lama itu dengan segala kelakuannya 10#Ef 4:24. Kej 1:26.dan mengenakan diri yang baru, yang terus-menerus diperbaharu dengan pengetahuan menurut rupa Allah yang menjadikannya. 11Dengan demikian tiada lagi orang Yunani atau orang Yahudi, orang bersunat atau orang tidak bersunat, orang gasar, orang Skit, hamba atau merdeka. Kristus segala-galanya dan dalam segala-galanya.
12 # Ef 4:2. Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar. 13#Ef 4:32.Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri. 14Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna. 15Biarlah damai Kristus menguasai hatimu. Kamu telah dipanggil untuk mendapat damai itu dalam satu tubuh. Kamu haruslah bersyukur. 16#Ef 5:19,20.Biarlah sabda Kristus menetap dalam dirimu dengan segala kekayaan dan kebijaksanaannya. Ajar dan nasihati satu sama lain dengan mazmur, lagu pujian dan nyanyian rohani, serta nyanyikanlah lagu rohani dengan rasa syukur kepada Allah dalam hatimu. 17Segala yang kamu katakan dan lakukan haruslah dengan nama Tuhan Yesus sambil mengucap syukur kepada Bapa kita Allah melalui-Nya.
Corak kehidupan dan rumah tangga
18 # Ef 5:22; 1Ptr 3:1. Isteri, tunduklah kepada suamimu, sebagaimana yang patut dalam Tuhan.
19 # Ef 5:25; 1Ptr 3:7. Suami, kasihilah isterimu dan jangan berlaku keras terhadapnya.
20 # Ef 6:1. Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam segala perkara, kerana demikianlah yang diredai Tuhan.
21 # Ef 6:4. Bapa, jangan sakitkan hati anak-anakmu, supaya mereka tidak tawar hati.
22 # Ef 6:5-8. Hamba sahaya, dalam segala hal turutlah perintah orang yang menjadi tuanmu dalam perkara dunia; bukan secara bermuka-muka, untuk menyukakan hati manusia, tetapi dengan tulus ikhlas dan takut akan Allah. 23Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, 24kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya. 25#Ul 10:17; Ef 6:9.Orang yang melakukan kesalahan akan mendapat balasan yang setimpal, tidak kira siapa dia.
Currently Selected:
Kolose 3: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
KOLOSE 3
3
1 #
Mzm 110.1
Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Kristus. Oleh itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah. 2Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi. 3Hal itu demikian kerana kamu sudah mati, dan hidup kamu tersembunyi dengan Kristus di dalam Allah. 4Hanya Kristus yang dapat menyebabkan hidup kamu betul-betul bererti, dan apabila Dia menampakkan diri lagi di bumi, kamu juga akan bersama-sama Dia dan menikmati kemuliaan-Nya!
Hidup yang Lama dan Hidup yang Baru
5Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala). 6Perkara-perkara semacam itu membangkitkan kemurkaan Allah terhadap orang yang tidak menurut perintah-Nya.#Dalam beberapa naskhah kuno tidak terdapat: terhadap orang yang tidak menurut perintah-Nya. 7Dahulu kamu sendiri pun hidup menuruti keinginan-keinginan demikian, pada masa kamu dikuasai olehnya.
8Tetapi sekarang kamu tidak boleh berbuat hal-hal ini lagi: marah, mengamuk, dan mempunyai perasaan benci terhadap orang lain. Janganlah caci maki orang ataupun guna kata-kata lucah. 9#Ef 4.22 Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya. 10#Kej 1.26; Ef 4.24 Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya iaitu Allah, supaya menjadi seperti Dia. Dengan demikian kamu dapat mengenal Allah dengan sempurna. 11Dengan demikian lenyaplah perbezaan antara orang bukan Yahudi dengan orang Yahudi, orang bersunat dengan orang yang tidak bersunat, orang asing dengan orang biadab, abdi dengan orang bebas. Kristuslah segala-galanya dan Dia bersatu dengan mereka semua.
12 #
Ef 4.2
Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar. 13#Ef 4.32 Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. 14Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna. 15Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah! 16Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati. 17#Ef 5.19-20 Segala sesuatu yang kamu lakukan atau katakan, haruslah dilakukan demi nama Tuhan Yesus, sambil bersyukur kepada Allah Bapa bagi apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk kamu.
Hubungan Peribadi dalam Hidup yang Baru
18 #
Ef 5.22; 1 Ptr 3.1 Hai isteri, taatlah kepada suami, kerana demikianlah seharusnya kelakuan kamu sebagai orang Kristian.
19 #
Ef 5.25; 1 Ptr 3.7 Hai suami, kasihilah isteri dan janganlah berlaku kasar terhadap mereka.
20 #
Ef 6.1
Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah.
21 #
Ef 6.4
Hai ibu bapa, janganlah sakiti hati anak-anak supaya mereka tidak menjadi tawar hati.
22 #
Ef 6.5-8
Hai abdi, dalam segala hal taatlah kepada tuan yang di dunia ini. Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, kerana ingin mendapat pujian. Taatilah mereka dengan ikhlas, kerana kamu menghormati Tuhan. 23Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia. 24Ingatlah, kamu akan menerima pahala daripada Tuhan, yang telah disediakan Tuhan untuk umat-Nya. Hal itu demikian kerana tuan yang kamu layani sebenarnya Kristus. 25#Ul 10.17; Ef 6.9 Sesiapa yang berbuat salah akan dihukum setimpal dengan kesalahannya, kerana Allah mengadili setiap orang dengan tidak berat sebelah.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.