YouVersion Logo
Search Icon

2 Raja-Raja 6:15-23

2 Raja-Raja 6:15-23 AVB

Ketika pembantu hamba Allah bangun pagi-pagi dan pergi ke luar, dilihatnya suatu pasukan dengan kuda dan rata mengepung kota itu. Maka kata pembantu itu kepada tuannya, “Aduh, tuanku! Apakah yang harus kita lakukan?” Jawabnya, “Jangan takut, kerana yang menyertai kita lebih ramai daripada yang menyertai mereka.” Lalu Elisa berdoa, katanya, “Ya TUHAN, bukalah kiranya matanya supaya dia dapat melihat.” Maka TUHAN membuka mata pembantu itu sehingga dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa. Ketika orang Aram itu turun ke arah Elisa, berdoalah Elisa kepada TUHAN, katanya, “Azablah kiranya bangsa itu dengan kebutaan.” Maka Allah mengazab mereka dengan kebutaan, selaras dengan permintaan Elisa. Sesudah itu Elisa berkata kepada mereka, “Bukan ini jalannya dan bukan ini kotanya. Ikuti aku, akan kuhantar kamu ke tempat orang yang kamu cari.” Lalu dia menghantar mereka ke Samaria. Sesampainya mereka di Samaria, berkatalah Elisa, “Ya TUHAN, bukalah mata orang ini supaya mereka dapat melihat.” Maka TUHAN membuka mata mereka sehingga mereka melihat. Ternyata mereka ada di tengah-tengah Samaria. Ketika raja Israel melihat mereka, berkatalah dia kepada Elisa, “Haruskah kubunuh mereka, Bapa? Haruskah kubunuh mereka?” Jawabnya, “Jangan bunuh mereka. Apakah orang yang sudah kautawan akan kaubunuh dengan pedang serta panahmu? Hidangkanlah makanan dan minuman di hadapan mereka. Biarkan mereka makan dan minum, lalu pulang kepada tuan mereka.” Maka raja menyediakan jamuan besar bagi mereka. Setelah mereka makan dan minum dilepaskannya mereka pergi, lalu mereka pun pulang kepada tuan mereka. Sejak itu gerombolan orang Aram tidak pernah datang lagi ke Tanah Israel.

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy