2 Korintus 6
6
1Sebagai rakan-rakan sekerja, kami meminta kepadamu, janganlah sia-siakan kasih kurnia Allah yang telah kamu terima, 2#Yes 49:8.kerana demikianlah firman-Nya,
“Aku telah mendengar kata-katamu ketika Aku berkenan
dan pada hari penyelamatan, Aku telah menolongmu.”
Sekaranglah waktunya Allah berkenan dan sekaranglah hari penyelamatan itu.
Penderitaan Paulus
3Dalam hal apa jua, kami tidak menyebabkan orang tersandung, supaya pengabdian kami tidak dicela. 4Sebaliknya, dalam semua hal, kami telah membuktikan bahawa kami bersikap secara yang wajar bagi hamba-hamba Allah. Kami cukup tabah menghadapi kesusahan, kesulitan dan kesempitan, 5#Kis 16:23.sebatan, pemenjaraan, huru-hara, penat lelah, bercekang mata, dan keadaan lapar. 6Kami hidup dalam kesucian, pengetahuan, kesabaran, baik budi, dalam Roh Kudus, dan dalam kasih sejati. 7Kami menyampaikan kebenaran, dan hidup dalam kuasa Allah. Kami bersenjatakan perbenaran,#6:7 Perkataan ‘perbenaran’ berbeza ertinya daripada ‘kebenaran.’ Rangkai kata, ‘bersenjatakan perbenaran’ membawa maksud berpegang kepada perbenaran Allah sebagai senjata. Oleh sebab perbenaran Allah, manusia menjadi baik semula dengan-Nya. di tangan kanan dan kiri. 8Kami dimuliakan dan dihina, dikeji dan dipuji. Kami dipanggil penipu sedangkan kami benar. 9Kami dianggap tidak dikenali, padahal terkenal. Kami disangka sudah hampir mati, tetapi ternyata masih hidup. Kami dibelasah, namun tidak dibunuh. 10Kami disedihkan, tetapi sentiasa gembira. Kami miskin, namun ramai yang kami perkaya. Kami tidak memiliki apa-apa, tetapi kami mempunyai segala-galanya.
11Wahai orang Korintus! Kami telah bercakap terus terang kepadamu, hati kami terbuka luas. 12Kamu terbatas bukanlah oleh kami tetapi oleh perasaanmu sendiri.
Jangan berpasangan dengan orang yang tidak beriman
13Oleh itu, aku berkata seperti kepada anak-anak, bukalah hatimu supaya antara kita saling berterus terang.
14Janganlah berpasangan dengan orang yang tidak beriman. Pasangan begitu tidak sepadan; kerana adakah persamaan antara yang benar dengan yang derhaka? Dapatkah terang bersatu dengan gelap? 15Adakah muafakat antara Kristus dengan Belial? Adakah kesamaan antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman? 16#1Kor 3:16; 6:19. Im 26:12; Yeh 37:27.Apakah hubungannya antara bait Allah dengan berhala-berhala? Kita ialah bait Allah yang hidup, seperti dalam firman-Nya,
“Aku akan tinggal dalam mereka dan berjalan di antara mereka.
Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.”
17 # Yes 52:11. Oleh itu,
“Keluarlah daripada kalangan mereka,
dan asingkanlah dirimu daripada mereka,” demikianlah firman Tuhan.
“Jangan sentuh yang najis,
maka Aku akan menerimamu”
18 # 2Sam 7:14; 1Taw 17:13; Yes 43:6; Yer 31:9. “Aku akan menjadi Bapamu,
dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan, demikianlah
firman Tuhan Yang Maha Kuasa.”
Currently Selected:
2 Korintus 6: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
2 KORINTUS 6
6
1Kami bekerja bersama-sama Allah. Oleh itu kami menggesa kamu supaya tidak mensia-siakan rahmat Allah yang sudah kamu terima. 2#Yes 49.8 Di dalam Alkitab, Allah berfirman,
“Pada masa yang diperkenankan, Aku sudah mendengarkan engkau,
dan pada hari penyelamatan, Aku sudah menolong engkau.”
Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan!
3Kami tidak mahu seorang pun mencela kerja kami. Oleh itu kami berusaha supaya orang tidak mempunyai alasan untuk mencela kami. 4Sebaliknya, dalam segala hal kami menunjukkan bahawa kami hamba Allah, yang dengan sabar menanggung segala macam kesusahan. 5#Kis 16.23 Kami telah disesah, dipenjarakan, dan diserang oleh orang ramai; kami bekerja keras, kurang tidur, dan kurang makan. 6-7Dengan berlaku tulus, dengan menggunakan pengetahuan tentang Berita Baik, dengan bersabar, dengan kebaikan hati, dengan pertolongan Roh Allah, dengan kasih yang ikhlas, dengan memberitakan khabar daripada Allah, dan dengan kuasa Allah, kami menunjukkan bahawa kami ini hamba Allah. Kami berpegang pada cara hidup yang menurut kehendak Allah,#cara hidup yang menurut kehendak Allah; Harfiah: kebenaran. sebagai senjata untuk menyerang mahupun untuk membela diri. 8Kami dihormati tetapi juga dihina; kami dipuji tetapi juga diumpat. Kami dianggap sebagai pembohong, walaupun kami jujur. 9Kami dianggap tidak terkenal, tetapi kami dikenal semua orang. Kami disangka mati, tetapi ternyata kami masih hidup. Meskipun kami dianiaya, kami tidak mati. 10Walaupun kami menanggung sengsara, kami sentiasa bersukacita. Kami nampaknya miskin, tetapi kami sudah mengayakan kehidupan rohani banyak orang. Nampaknya kami tidak memiliki apa-apa, tetapi sebenarnya kami memiliki segala-galanya.
11Sahabat-sahabatku di Korintus, kami sudah berterus-terang kepada kamu. Kami sudah mengutarakan segala isi hati kami. 12Kami tidak menahan diri daripada mengasihi kamu; kamulah yang menahan diri daripada mengasihi kami. 13Sekarang aku berkata-kata seperti kepada anak-anakku sendiri. Tunjukkanlah kasih kamu kepada kami. Bukalah hati kamu untuk kami!
Amaran tentang Pengaruh Orang Bukan Kristian
14Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, kerana hal itu tidak sesuai. Kebaikan#Kebaikan; Harfiah: kebenaran. dan kejahatan tidak dapat bekerjasama. Cahaya dan kegelapan tidak dapat bersama-sama. 15Kristus tidak dapat bersetuju dengan Iblis. Orang Kristian tidak mempunyai hal yang sama dengan orang bukan Kristian. 16#Im 26.12; Yeh 37.27; 1 Kor 3.16, 6.19 Tempat kediaman Allah tidak ada hubungannya dengan berhala. Kita ini tempat kediaman Allah yang hidup. Allah sendiri berfirman,
“Aku akan tinggal bersama-sama mereka,
dan hidup antara mereka;
Aku akan menjadi Allah mereka,
dan mereka akan menjadi umat-Ku.
17 #
Yes 52.11
Oleh itu,
tinggalkanlah orang yang tidak mengenal Allah,
dan asingkan diri daripada mereka.
Janganlah berhubungan
dengan sesuatu pun yang najis,
maka Aku akan menerima kamu.
18 #
2 Sam 7.14; 1 Taw 17.13; Yes 43.6; Yer 31.9 Aku akan menjadi Bapa kamu,
dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku lelaki dan perempuan,
demikianlah firman Tuhan Yang Maha Kuasa.”
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.