2 Korintus 3
3
1Adakah kami memuji diri? Atau perlukah kami menunjukkan surat pujian kepadamu atau yang datang daripadamu, seperti dilakukan oleh sebilangan orang? 2Kamulah surat pujian kami, yang tersurat dalam hati kami, dan yang dapat diketahui serta dibaca oleh semua orang. 3#Kel 24:12. Yer 31:33; Yeh 11:19; 36:26.Kamu adalah surat kiriman Kristus yang kami hantarkan. Surat itu ditulis bukan dengan dakwat, tetapi dengan Roh daripada Allah yang hidup; bukan pada loh batu tetapi pada loh daging iaitu hati manusia.
4Demikianlah keyakinan kami kepada Allah melalui Kristus. 5Kami tidak menganggap kesanggupan kami bekerja datang daripada diri kami sendiri. Kesanggupan itu datang daripada Allah. 6#Yer 31:31.Dialah yang telah menjadikan kami sanggup mengabdi diri kepada umat perjanjian baru yang tidak lagi berasaskan hukum-hukum bertulis tetapi berasaskan Roh; kerana perintah-perintah tersurat itu membawa kematian sedangkan Roh membawa kehidupan.
Kemuliaan perjanjian baru
7 # Kel 34:29. Jika perjanjian yang membawa kepada kematian, iaitu yang terukir hurufnya pada loh-loh batu, diturunkan dari kemuliaan wajah Musa sehingga bangsa Israel tidak dapat memandang wajahnya, walaupun ketika itu sinarnya sudah mulai malap; 8maka tentulah perjanjian yang datang daripada Roh lebih besar lagi kemuliaannya. 9Jika perjanjian yang membawa manusia kepada penghakiman begitu mulianya, maka perjanjian yang membawa manusia kepada perbenaran#3:9 Perkataan ‘perbenaran’ membawa beberapa makna tertakluk kepada konteksnya. Dalam ayat ini, perbenaran merujuk kepada tindakan Allah untuk meniadakan kesalahan dan hukuman dosa di samping memungkinkan orang berdosa berbaik semula dengan-Nya. tentulah jauh lebih mulia lagi! 10Sesuatu yang dahulu dipandang mulia tidak mulia lagi berbanding sesuatu yang jauh lebih mulia. 11Jika sesuatu yang sementara telah diturunkan dengan kemuliaan, maka sesuatu yang kekal haruslah diturunkan dengan kemuliaan yang lebih besar.
12Oleh sebab kami menaruh harapan demikian, maka kami lebih berani, 13#Kel 34:33.berbeza dengan Musa yang menutup wajahnya dengan selubung supaya bangsa Israel tidak dapat memandang kemuliaan yang beransur malap. 14Fikiran mereka menjadi tumpul, kerana hingga hari ini, apabila mereka membaca Kitab-kitab Suci yang mengandungi perjanjian lama, selubung itu masih tetap menghalang pandangan mereka. Selubung tidak akan terbuka kecuali dalam Kristus. 15Malah hingga sekarang, ketika mereka membaca Kitab Suci yang disampaikan melalui Musa, selubung itu masih menutupi hati mereka. 16#Kel 34:34.Apabila hati mereka kembali kepada Tuhan, selubung itu akan disingkapkan. 17Tuhan ialah Roh; dan di mana ada Roh Tuhan, di situlah ada kebebasan. 18Kita semua melihat kemuliaan Tuhan tercermin dengan wajah yang tidak berselubung, dan kita diubah menjadi serupa dengan-Nya dalam kemuliaan yang kian besar, oleh Roh Tuhan.
Currently Selected:
2 Korintus 3: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
2 KORINTUS 3
3
Hamba Perjanjian yang Baru
1Adakah hal ini kedengarannya seolah-olah kami membanggakan diri lagi? Adakah kami, seperti orang lain, memerlukan surat perakuan untuk kamu, ataupun daripada kamu? Tidak, kami tidak memerlukan surat perakuan. 2Kamu sendirilah surat perakuan kami, yang tertulis di dalam hati kami dan yang boleh diketahui serta dibaca oleh semua orang. 3#Kel 24.12; Yer 31.33; Yeh 11.19, 36.26 Jelaslah bahawa kamu seperti surat yang ditulis oleh Kristus dan dikirim melalui kami. Surat ini tidak ditulis dengan dakwat, tetapi dengan Roh Allah yang hidup. Surat itu tidak ditulis pada batu tulis, tetapi pada hati manusia.
4Kami berkata demikian kerana keyakinan kami kepada Allah melalui Kristus. 5Kami tidak mempunyai suatu alasan pun untuk mendakwa bahawa kami sanggup melakukan kerja itu, tetapi keupayaan itu datangnya daripada Allah. 6#Yer 31.31 Dialah yang menyebabkan kami sanggup mengabdikan diri kepada perjanjian yang baru. Perjanjian itu tidak terdiri daripada hukum yang tertulis, tetapi daripada Roh Allah. Hukum yang tertulis itu membawa kematian, tetapi Roh Allah memberikan hidup.
7 #
Kel 34.29
Taurat itu diukir pada batu tulis dan kemuliaan Allah kelihatan pada masa Taurat itu diberikan. Walaupun cahaya kemuliaan Allah pada wajah Musa mula pudar, cahaya itu masih begitu gemilang sehingga orang Israel tidak dapat memandang muka Musa. Jika Taurat yang membawa kematian itu diberikan dengan kemuliaan seperti itu, 8tentu lebih gemilang lagi kemuliaan Allah pada waktu perjanjian yang diberikan oleh Roh Allah dimulakan. 9Jika Taurat yang membawa hukuman kepada manusia sangat gemilang, maka lebih gemilang lagi perjanjian yang membolehkan manusia berbaik semula dengan Allah.#membolehkan manusia berbaik semula dengan Allah; Harfiah: memimpin kepada pembenaran. 10Boleh dikatakan bahawa dengan adanya kemuliaan yang sangat gemilang sekarang ini, kemuliaan yang gemilang pada masa lalu itu sudah tiada. 11Jika sesuatu yang sementara mempunyai kemuliaan, maka sesuatu yang kekal mempunyai kemuliaan yang lebih gemilang lagi.
12Kerana kami mempunyai harapan seperti itu, kami dapat berkata-kata dengan keyakinan. 13#Kel 34.33 Kami tidak seperti Musa yang harus menutupi muka dengan selubung, supaya orang Israel tidak dapat melihat cahaya pada mukanya pudar dan lenyap. 14Fikiran mereka sudah tertutup. Sampai hari ini pun fikiran mereka masih berselubung pada masa mereka membaca kitab-kitab tentang perjanjian yang lama itu. Selubung ini hanya dapat tersingkap apabila orang bersatu dengan Kristus. 15Sekarang pun apabila mereka membaca Taurat Musa, fikiran mereka masih berselubung. 16#Kel 34.34 Tetapi selubung itu dapat ditanggalkan, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Musa menanggalkan selubung muka, pada masa dia menghadap Tuhan.”#Ayat 16 dapat diterjemahkan: Tetapi selubung itu ditanggalkan apabila seseorang menghadap Tuhan. 17Tuhan yang dimaksudkan di sini ialah Roh. Sesiapa mempunyai Roh Tuhan, orang itu bebas. 18Sekarang muka kita tidak berselubung dan kita memantulkan kemuliaan Tuhan. Kemuliaan itu berasal daripada Tuhan, dan Tuhan itu Roh yang mengubah kita semua. Kita semakin menjadi seperti Dia dan semakin memiliki kemuliaan-Nya.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.