YouVersion Logo
Search Icon

2 Korintus 3

3
1Adakah kami memuji diri? Atau perlukah kami menunjukkan surat pujian kepadamu atau yang datang daripadamu, seperti dilakukan oleh sebilangan orang? 2Kamulah surat pujian kami, yang tersurat dalam hati kami, dan yang dapat diketahui serta dibaca oleh semua orang. 3#Kel 24:12. Yer 31:33; Yeh 11:19; 36:26.Kamu adalah surat kiriman Kristus yang kami hantarkan. Surat itu ditulis bukan dengan dakwat, tetapi dengan Roh daripada Allah yang hidup; bukan pada loh batu tetapi pada loh daging iaitu hati manusia.
4Demikianlah keyakinan kami kepada Allah melalui Kristus. 5Kami tidak menganggap kesanggupan kami bekerja datang daripada diri kami sendiri. Kesanggupan itu datang daripada Allah. 6#Yer 31:31.Dialah yang telah menjadikan kami sanggup mengabdi diri kepada umat perjanjian baru yang tidak lagi berasaskan hukum-hukum bertulis tetapi berasaskan Roh; kerana perintah-perintah tersurat itu membawa kematian sedangkan Roh membawa kehidupan.
Kemuliaan perjanjian baru
7 # Kel 34:29. Jika perjanjian yang membawa kepada kematian, iaitu yang terukir hurufnya pada loh-loh batu, diturunkan dari kemuliaan wajah Musa sehingga bangsa Israel tidak dapat memandang wajahnya, walaupun ketika itu sinarnya sudah mulai malap; 8maka tentulah perjanjian yang datang daripada Roh lebih besar lagi kemuliaannya. 9Jika perjanjian yang membawa manusia kepada penghakiman begitu mulianya, maka perjanjian yang membawa manusia kepada perbenaran#3:9 Perkataan ‘perbenaran’ membawa beberapa makna tertakluk kepada konteksnya. Dalam ayat ini, perbenaran merujuk kepada tindakan Allah untuk meniadakan kesalahan dan hukuman dosa di samping memungkinkan orang berdosa berbaik semula dengan-Nya. tentulah jauh lebih mulia lagi! 10Sesuatu yang dahulu dipandang mulia tidak mulia lagi berbanding sesuatu yang jauh lebih mulia. 11Jika sesuatu yang sementara telah diturunkan dengan kemuliaan, maka sesuatu yang kekal haruslah diturunkan dengan kemuliaan yang lebih besar.
12Oleh sebab kami menaruh harapan demikian, maka kami lebih berani, 13#Kel 34:33.berbeza dengan Musa yang menutup wajahnya dengan selubung supaya bangsa Israel tidak dapat memandang kemuliaan yang beransur malap. 14Fikiran mereka menjadi tumpul, kerana hingga hari ini, apabila mereka membaca Kitab-kitab Suci yang mengandungi perjanjian lama, selubung itu masih tetap menghalang pandangan mereka. Selubung tidak akan terbuka kecuali dalam Kristus. 15Malah hingga sekarang, ketika mereka membaca Kitab Suci yang disampaikan melalui Musa, selubung itu masih menutupi hati mereka. 16#Kel 34:34.Apabila hati mereka kembali kepada Tuhan, selubung itu akan disingkapkan. 17Tuhan ialah Roh; dan di mana ada Roh Tuhan, di situlah ada kebebasan. 18Kita semua melihat kemuliaan Tuhan tercermin dengan wajah yang tidak berselubung, dan kita diubah menjadi serupa dengan-Nya dalam kemuliaan yang kian besar, oleh Roh Tuhan.

Currently Selected:

2 Korintus 3: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy