YouVersion Logo
Search Icon

2 Korintus 13

13
Peringatan terakhir
1 # Ul 17:6; 19:15. Kunjunganku kepadamu nanti adalah bagi kali yang ketiga. Berdasarkan keterangan dua atau tiga orang saksi, sesuatu dakwaan akan diteguhkan. 2Dahulu, sewaktu aku tinggal bersamamu dalam kunjunganku yang kedua, aku telah memperingatkan mereka yang berbuat dosa itu serta orang lain. Sekarang, dari jauh aku menulis memperingatkan mereka, bahawa apabila aku datang nanti aku tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada mereka. 3Kamu menuntut bukti bahawa Kristus bersuara melaluiku. Kristus tidaklah lemah menghadapimu; Dia bertindak dengan penuh kuasa dalam dirimu. 4Kristus disalib kerana kelemahan, tetapi Dia hidup kerana kuasa Allah. Kami juga lemah dalam Dia, namun dengan kuasa Allah akan hidup bersama Dia untuk melayanimu.
5Ujilah keteguhan imanmu; periksalah dirimu sendiri. Tidakkah kamu tahu Kristus Yesus ada dalam dirimu? Kecuali kamu gagal. 6Kami yakin kamu tahu bahawa kami bukanlah orang yang tidak tahan diuji. 7Sekarang aku berdoa kepada Allah semoga kamu tidak melakukan kejahatan bukan kerana kami ingin kelihatan diperkenan sebagai rasul, tetapi supaya kamu melakukan perbuatan yang mulia, meskipun kiranya kami kelihatan seolah-olah tidak layak menjadi rasul. 8Kami tidak mungkin melakukan sesuatu menentang apa yang benar. Setiap yang kami lakukan adalah untuk menegakkan yang benar. 9Kami senang hati apabila kami lemah sedangkan kamu kuat. Kami juga mendoakan semoga kamu disempurnakan. 10Oleh sebab itulah aku menulis segala ini sebelum aku berada di hadapanmu. Dengan demikian, apabila aku berhadapan denganmu kelak, tidaklah perlu aku berkeras terhadapmu melalui kekuasaan yang telah diberikan Tuhan kepadaku untuk meneguhkanmu bukan merosakkanmu.
11Akhir kata, saudara-saudara seimanku, kuucapkan salam perpisahan dahulu. Berusahalah menjadi sempurna. Senangkan hati, bulatkan muafakat, hidup rukun damai; maka Allah sumber kasih dan damai sejahtera akan bersertamu.
12Bersalamanlah dengan ciuman suci. 13Semua orang salih di sini berkirim salam kepadamu. 14Semoga kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus, kasih Allah dan keakraban Roh Kudus menyertai kamu semua. Amin.

Currently Selected:

2 Korintus 13: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy