1 Tesalonika 5
5
1Saudara-saudara, soal tentang masa dan detiknya tidaklah perlu kami tulis kepadamu. 2#Mat 24:43; Luk 12:39; 2Ptr 3:10.Kamu cukup mengetahui hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari. 3Ketika orang berkata, “Segalanya aman tenteram,” maka ketika itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dalam sekelip mata, seperti seorang perempuan ditimpa rasa sakit semasa akan melahirkan anak. Tiada siapa pun dapat melepaskan diri. 4Tetapi, saudara-saudara, kamu tidak hidup dalam kegelapan. Hari itu tidak seharusnya mengejutkan kamu seperti datangnya pencuri. 5Kamu semua anak cahaya, anak siang. Kita bukanlah makhluk malam atau kegelapan. 6Oleh yang demikian, janganlah kita tidur seperti orang lain. Marilah kita berjaga dan berkeadaan siuman. 7Orang yang tidur, tidur pada waktu malam. Orang yang mabuk, mabuk pada waktu malam. 8#Yes 59:17; Ef 6:13-17.Tetapi kita anak-anak siang, hendaklah sentiasa waras dan waspada. Jadikan iman dan kasih perisai dada kita, serta harapan diselamatkan sebagai ketopong pelindung kepala. 9Allah memilih kita bukannya untuk menanggung kemurkaan-Nya, tetapi untuk diselamatkan melalui Tuhan kita Yesus Kristus. 10Yesus telah mati untuk kita supaya kita dapat hidup bersama-Nya sewaktu Dia datang nanti, sama ada kita terjaga atau tertidur mati pada masa itu. 11Oleh yang demikian, hendaklah kamu saling menggalakkan dan meneguhkan, sebagaimana yang kamu lakukan sekarang.
Petunjuk-petunjuk akhir
12Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu supaya menghormati orang yang berjerih payah dalam kalanganmu, memimpin dan menasihatimu dalam Tuhan. 13Layanilah mereka dengan sepenuh hormat dan kasihilah mereka kerana segala yang diusahakan oleh mereka. Hiduplah bersama-sama dalam aman damai.
14Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu, berilah amaran kepada orang yang melanggar peraturan, tetapkan hati orang yang takut, tolong orang yang lemah, dan bersabar terhadap semua. 15Pastikan jangan sesiapa membalas kejahatan dengan kejahatan. Berusahalah ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang.
16Bersukacitalah sentiasa. 17Berdoalah sepanjang masa. 18Bersyukurlah dalam segala keadaan kerana inilah yang dikehendaki Allah daripadamu dalam Kristus Yesus.
19Janganlah padamkan kemarakan api Roh Kudus. 20Janganlah hinakan nubuat. 21Uji setiap perkara. Berpegang teguh pada yang baik. 22Jauhilah segala bentuk kejahatan.
23Semoga Allah damai sejahtera menyucikanmu dengan sempurna dan memelihara roh, jiwa dan jasadmu, agar tidak ada cacat cela ketika Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali. 24Dia yang memanggil kamu itu setia, dan Dia akan melakukannya.
25Saudara-saudara, doakanlah kami.
26Bersalamanlah dengan ciuman suci apabila bertemu dengan saudara-saudara seiman.
27Dengan nama Tuhan aku menyeru kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman.
28Semoga kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai kamu.
Currently Selected:
1 Tesalonika 5: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
1 TESALONIKA 5
5
Bersedialah untuk Kedatangan Tuhan
1Saudara-saudara seiman, kami tidak perlu menulis tentang masa dan waktu, apabila perkara-perkara ini akan berlaku. 2#Mat 24.43; Luk 12.39; 2 Ptr 3.10 Hal itu demikian kerana kamu sendiri tahu dengan jelas bahawa Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri datang pada malam hari. 3Apabila orang berkata, “Semuanya aman dan tenteram,” pada waktu itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dengan tiba-tiba dan tidak seorang pun dapat melepaskan diri. Hal itu akan berlaku dengan tiba-tiba seperti rasa sakit yang dialami seorang wanita semasa hendak melahirkan anak. 4Tetapi kamu, saudara-saudara seiman, kamu tidak hidup dalam kegelapan. Hari itu tidak seharusnya mengejutkan kamu seperti kedatangan seorang pencuri. 5Kamu semuanya orang yang hidup dalam cahaya, orang yang tergolong pada siang yang terang. Kita bukan orang yang hidup dalam kegelapan, atau yang tergolong pada malam yang gelap. 6Oleh itu kita tidak seharusnya tidur seperti orang lain. Kita harus berjaga-jaga dan berwaspada. 7Orang tidur pada malam hari; orang pun mabuk pada malam hari. 8#Yes 59.17; Ef 6.13-17 Tetapi kita ini orang yang tergolong pada siang yang terang. Oleh itu kita harus berwaspada. Kita mesti percaya kepada Tuhan dan mengasihi orang lain, maka hal itu seperti melindungi diri dengan perisai dada. Dengan yakin kita berharap akan diselamatkan, dan hal ini seperti melindungi kepala dengan topi besi. 9Allah memilih kita bukannya untuk mengalami kemurkaan-Nya, tetapi untuk diselamatkan melalui Tuhan kita Yesus Kristus. 10Yesus mati untuk kita supaya kita boleh hidup bersama-sama Dia pada waktu Dia datang kelak, baik kita masih hidup ataupun telah mati pada waktu itu. 11Oleh itu, hendaklah kamu saling menggalakkan dan saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini.
Petunjuk-Petunjuk Terakhir dan Salam
12Saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya menghormati mereka yang bekerja di kalangan kamu. Mereka memimpin dan menasihati kamu dalam kehidupan kamu sebagai orang Kristian. 13Perlakukanlah mereka dengan penuh hormat dan kasihilah mereka, kerana semuanya yang dilakukan oleh mereka. Hendaklah kamu hidup rukun.
14Saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya memberikan amaran kepada orang yang malas bekerja, menabahkan hati orang yang takut, menolong orang yang perlu ditolong, dan bersabar terhadap semua orang. 15Janganlah seorang pun membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi kamu harus sentiasa berusaha untuk saling berbuat baik dan menolong semua orang.
16Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, 17dan berdoalah sentiasa. 18Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.
19Janganlah halang Roh Allah. 20Janganlah hina perkhabaran-perkhabaran yang diberikan oleh Roh Allah. 21Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik, 22dan jauhilah segala macam kejahatan.
23Semoga Allah yang mengurniai kita kesejahteraan, menjadikan kamu sungguh-sungguh hidup khas untuk Allah. Semoga Allah menjaga roh, jiwa, dan tubuh kamu, sehingga tidak bercacat cela pada masa Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali. 24Allah yang memanggil kamu akan melakukan hal itu, kerana Dia setia.
25Doakanlah kami, saudara-saudara seiman.
26Bersalamanlah dengan mesra sebagai saudara Kristian.
27Dengan kuasa Tuhan, aku menggesa kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman.
28Semoga Tuhan kita Yesus Kristus memberkati kamu semua.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.