Lalu Firaun berkata kepada Yusuf, “Kerana Allah telah menyatakan kepadamu semua hal ini, tentunya tidak ada orang yang sedemikian arif dan bijaksana seperti kamu. Kamu akan mengetuai istanaku, dan seluruh rakyatku harus tunduk kepada pentadbiranmu. Hanya takhta ini yang membuat aku lebih besar daripada kamu.”