1
YESAYA 9:6
Alkitab Berita Baik
BM
Kekuasaan-Nya akan terus bertambah; pemerintahan-Nya akan sentiasa aman. Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud, pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan dari sekarang hingga akhir zaman. TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.
เปรียบเทียบ
สำรวจ YESAYA 9:6
2
YESAYA 9:2
Ya TUHAN, Engkau telah memberi mereka kesukaan besar, Engkau membahagiakan mereka. Mereka bersukacita kerana perbuatan-Mu, seperti orang bersukacita semasa menuai hasil tanaman, atau membahagi-bahagikan barang jarahan.
สำรวจ YESAYA 9:2
3
YESAYA 9:7
Tuhan telah menjatuhkan hukuman kepada kerajaan Israel, iaitu keturunan Yakub.
สำรวจ YESAYA 9:7
4
YESAYA 9:5
Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita! Dia akan menjadi pemimpin kita. Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,” “Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,” “Raja Damai.”
สำรวจ YESAYA 9:5
5
YESAYA 9:1
Orang yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang. Mereka tinggal dalam bayangan segelap maut, tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang.
สำรวจ YESAYA 9:1
6
YESAYA 9:3
Engkau sudah mengambil beban mereka yang berat, dan kayu pikulan dari bahu mereka. Engkau telah mengalahkan bangsa yang menindas dan memperdaya umat-Mu, sebagaimana Engkau mengalahkan tentera Midian dahulu kala.
สำรวจ YESAYA 9:3
7
YESAYA 9:4
Kasut yang dipakai oleh tentera yang menyerang dan segala pakaian mereka yang berlumuran darah akan dibakar habis oleh api.
สำรวจ YESAYA 9:4