1
YESAYA 1:18
Alkitab Berita Baik
BM
TUHAN berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini. Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji. Walaupun dosa kamu banyak dan berat, kamu akan Aku ampuni sepenuhnya.
เปรียบเทียบ
สำรวจ YESAYA 1:18
2
YESAYA 1:19
Jika kamu mahu taat kepada-Ku, kamu akan menikmati hasil tanah kamu.
สำรวจ YESAYA 1:19
3
YESAYA 1:17
melainkan belajarlah berbuat baik. Lakukanlah yang adil: tolonglah mereka yang tertindas, berikanlah hak kepada anak yatim piatu, dan belalah perkara para balu.”
สำรวจ YESAYA 1:17
4
YESAYA 1:20
Tetapi jika kamu melawan Aku, kamu pasti mati. Aku, TUHAN telah berfirman.”
สำรวจ YESAYA 1:20
5
YESAYA 1:16
Bersihkanlah diri kamu. Hentikanlah segala kejahatan yang kamu lakukan di depan Aku. Jangan berbuat jahat lagi
สำรวจ YESAYA 1:16
6
YESAYA 1:15
Apabila kamu mengangkat tangan untuk berdoa, Aku tidak akan memperhatikan kamu. Walaupun berapa banyak kali kamu berdoa, Aku tidak akan mendengarnya, kerana tangan kamu telah banyak kali melakukan pembunuhan.
สำรวจ YESAYA 1:15
7
YESAYA 1:13
Sia-sia sahaja kamu membawa persembahan kamu. Aku muak dengan bau kemenyan yang kamu bakar. Aku tidak tahan lagi melihat kamu merayakan Bulan Baru, hari Sabat, dan pertemuan keagamaan kamu. Semuanya telah dinajiskan oleh dosa kamu.
สำรวจ YESAYA 1:13
8
YESAYA 1:3
Lembu kenal akan pemiliknya, dan keldai pun tahu akan tempat makanan yang disediakan oleh tuannya, tetapi umat-Ku Israel tidak tahu. Mereka tidak memahaminya sama sekali!”
สำรวจ YESAYA 1:3
9
YESAYA 1:14
Aku benci akan perayaan Bulan Baru dan hari-hari suci itu, yang menjadi beban bagi-Ku, dan Aku lelah memikulnya.
สำรวจ YESAYA 1:14