Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PerkahwinanSampel

7 Things The Bible Says About Marriage

HARI 6 DARIPADA 7

Pada hari perkahwinan saya, pengantin saya dan saya mendengar pastor membacakan 1 Korintus 13:7: “Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.” Selepas itu, kami berjanji bahawa perkahwinan kami akan bertahan, tetapi kami telah memandang rendah bagaimana tekanan hidup, jadual kami, tabiat mementingkan diri kami, dan juga anak-anak kami yang menawan hati menjauhkan kami daripada satu sama lain. Meskipun sekarang, ada kalanya kami juga mendapati diri hidup berdekatan satu sama lain, tetapi tidak rasa dekat kepada satu sama lain.

Bertahan dan Bersabar

Perkahwinan adalah senang jika tiada “segala sesuatu” yang kita dijangkakan untuk tahan dan bersabar. Amsal 19:11 mengatakan, “Orang bijak dapat menahan kemarahan. Mereka dipuji kerana mengampunkan kesalahan orang terhadap mereka."

Mengapa pilih pengampunan? Kita mengampuni kerana kita telah diampunkan Allah. Kita mengasihi sebagaimana Dia mengasihi: kasih-Nya merupakan satu perjanjian, bukan satu kontrak. Kontrak, dari segi perniagaan, bermaksud saya hanya perlu menjalankan peranan saya jika pihak lain menjalankan peranannya. Namun, perkahwinan yang berjaya adalah berdasarkan satu perjanjian: komitmen sepanjang hayat yang tidak bersyarat untuk menjalankan peranan kita, walaupun kita perlu bersabar dengan pasangan yang gagal melakukan peranannya.

Perkahwinan anda akan menuai apa yang ditanam. (Galatia 6:7) Jika anda tidak suka apa yang sedang bertumbuh dalam perkahwinan anda, mungkin anda harus meneliti jenis benih yang ditanam.

Percaya dan Berharap

Pernahkah anda perasan bahawa kita cenderung menilai orang lain berdasarkan tindakan mereka, tetapi kita menilai diri berdasarkan niat kita? Walaupun semasa kita berselisihan faham, saya tahu bahawa niat isteri saya adalah baik. Kepercayaan teras ini telah mengelakkan banyak perselisihan faham daripada menjadi membinasakan.

Macam mana suram pun hubungan anda, percayalah tanpa berubah terhadap motif pasangan anda dan percayalah bahawa Allah berjalan bersama anda melalui musim sejuk ini. Musim sejuk menjadikan musim bunga lebih indah.

Jangan Berputus Asa

Perkahwinan telah membina kami lebih daripada yang dibayangkan. Namun, ia juga memuaskan kami lebih daripada yang dibayangkan. Jangan berputus asa. Terus memberi. Terus melayani. Apabila tiada respons, melayanilah dengan lebih gigih lagi. Cinta adalah satu tindakan, bukannya perasaan. Cinta tidak bersyarat. Ia tidak henti-henti, ia adalah berterusan, dan ia adalah agresif. Berjuanglah untuk orang yang dicintai, dan terus berdoa bersama-sama.

Andy Knight
Pereka Bentuk UI YouVersion

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Marriage

Alkitab mengatakan bahawa apabila anda mendapat pasangan, anda mendapat sesuatu yang baik. Bagaimanakah anda menjadikan perasaan itu berpanjangan? Bolehkah anda terus bertumbuh rapat? Apakah yang diperlukan perkahwinan y...

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami