Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PerkahwinanSampel

7 Things The Bible Says About Marriage

HARI 3 DARIPADA 7

Ayat ini muncul dalam banyak nasihat kehidupan yang berguna, terus daripada Yesus. Apabila saya berfikir tentang ayat ini dalam konteks perkahwinan, saya segera terfikir tentang tindakan “menyimpan rekod”

Pertimbangkannya: matlamat perkahwinan adalah untuk kekal sebagai pasangan sepanjang hidup. Apabila anda bersama-sama seseorang hampir setiap hari, tahun demi tahun, memanglah mudah untuk membiarkan perkara-perkara yang kecil bercampur. Banyaklah perkara yang perlu diingati!

Sementara hampir semua orang mengetahui bahawa pengampunan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan, memanglah mudah untuk terlepas nasihat kuat yang diberikan Yesus: hidup dengan tabiat mengampuni setiap hari. Sekurang-kurangnya, itu bermaksud tidak menyimpan rekod!

Bahagian terakhir dalam Lukas 6:37, “Ampunilah orang lain, supaya Allah mengampuni kamu juga,” mengingatkan saya tentang Yakobus 5:16, yang mengatakan “...hendaklah kamu saling mengakui kesalahan dan berdoa bagi satu sama lain, supaya kamu disembuhkan.” Dalam perkahwinan yang sihat, mengakui kesalahan kepada satu sama lain membuka pintu untuk menerima pengampunan. Sebagaimana kita harus memaafkan orang lain dengan mudah—dan terutamanya pasangan kita—kita harus berupaya menerima pengampunan daripada orang lain juga.

Memanglah penting untuk hidup secara saling mengampuni itu. Bukan sahaja mengampuni satu sama lain untuk perkara yang besar, tetapi juga, hubungan terkongsi yang biasa di mana kedua-dua pihak boleh saling mempercayai dengan kesalahan masing-masing—barangkali menemukan cara untuk meraikan kelainan juga.

Jika kita ingin mengorbankan nyawa untuk satu sama lain dalam perkahwinan (lihat Yohanes 15:13 dan Efesus 5:25), dasarnya adalah meletakkan pasangan sebelum diri sendiri. Ini bermaksud mengetepikan penilaian, meninggalkan pengutukan, dan menawarkan pengampunan. Ia juga bermaksud menerima pengampunan, kerana kepercayaan dan kasih bertumbuh daripada kedua-dua pihak hubungan itu.

Luangkan masa dengan pasangan anda pada minggu ini untuk berlatih saling mengampuni. Bersifat terbuka tentang lingkungan di mana anda sedar anda telah melakukan kesalahan, dan menyemak sama ada terdapat “mata” belum dijelaskan yang memerlukan pengampunan.

Tommy George
Jurutera YouVersion

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Marriage

Alkitab mengatakan bahawa apabila anda mendapat pasangan, anda mendapat sesuatu yang baik. Bagaimanakah anda menjadikan perasaan itu berpanjangan? Bolehkah anda terus bertumbuh rapat? Apakah yang diperlukan perkahwinan y...

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami