Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PerkahwinanSampel

7 Things The Bible Says About Marriage

HARI 2 DARIPADA 7

Perkahwinan merupakan satu hadiah yang mengujakan dan indah daripada Allah. Akan tetapi, seperti lingkungan kehidupan yang lain, anda akan menghadapi situasi dalam perkahwinan yang akan membuat anda rasa takut. Walau bagaimanapun, dalam ikrar perkahwinan kita telah berjanji untuk mencintai masa kaya atau miskin, sakit mahupun sihat. Sama ada tragedi, penyakit, atau jangkaan yang tidak dipenuhi melanda, ketakutan segera menular masuk ke dalam perkahwinan anda.

Paulus menulis dalam suratnya kepada orang Roma, “Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita.” Jika anda mempercayai Firman Allah, anda boleh rasa yakin bahawa kuasa kasih-Nya akan membantu anda mengatasi ketakutan anda—termasuk ketakutan yang berkaitan dengan perkahwinan anda.

Apabila masalah melanda, anda boleh berasa yakin dalam kasih abadi dan kesetiaan Kristus. Adakah anda menghadapi keseksaan atau kesedihan dalam perkahwinan anda? Bersukacitalah dalam janji Tuhan bahawa Dia tidak akan meninggalkan kita. Adakah anda berasa resah di tengah-tengah ujian dan percubaan? Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia. (Roma 8:28)

Tidakkah menakjubkan untuk mengetahui bahawa kesetiaan dan belas kasihan-Nya bukan hasil daripada kasih kita terhadap-Nya, tetapi hasil daripada kasih-Nya untuk kita? (Roma 8:37) Tiada apa-apa dalam seluruh ciptaan boleh memisahkan anda daripada kasih Allah. (Roma 8:35)


Janganlah kamu risau. (Yohanes 14:1) Apabila keraguan dan ketakutan memasuki perkahwinan anda, kasihilah pasangan anda seperti Yesus mengasihi anda. Tumpukan perhatian sepenuh pada Allah, bersama-sama, dan ketahuilah bahawa apabila kasih Allah disempurnakan dalam anda, semua ketakutan anda akan dilenyapkan, walau apa pun percubaan yang anda hadapi.

Alex Ronquillo
Jurutera YouVersion

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Marriage

Alkitab mengatakan bahawa apabila anda mendapat pasangan, anda mendapat sesuatu yang baik. Bagaimanakah anda menjadikan perasaan itu berpanjangan? Bolehkah anda terus bertumbuh rapat? Apakah yang diperlukan perkahwinan y...

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami