Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PerkahwinanSampel

7 Things The Bible Says About Marriage

HARI 5 DARIPADA 7



Harta Karun yang Paling Berharga

Saya jarang berfikir tentang harta karun semasa dewasa, tetapi saya kerap berfikir tentangnya masa kecil. Harta karun yang berbaloi dicari melawan lanun. Harta karun yang berbaloi dilindungi menangkis serangan gergasi. Harta karun merupakan puncak pengembaraan imaginatif. Merenungkan Kitab Suci selalunya baik untuk jiwa anda, dan berfikir secara kerap tentang ayat hari ini (Amsal 18:22) boleh memberikan kesan yang mendalam pada perkahwinan anda.

Jika isteri saya benar-benar harta karun saya yang paling berharga, dia menjadi lebih menghiburkan daripada apa yang saya ingin tonton di TV. Menghabiskan masa bersama dengannya menjadi lebih berharga daripada “masa sendiri.” Keperluannya menjadi lebih penting daripada keperluan saya. Tentu sekali, ayat ini tidak mengatakan bahawa isteri anda ialah pahala yang harus diletakkan lebih tinggi daripada Tuhan. Akan tetapi, apa yang dikatakan adalah—antara semua berkat yang diberikan Bapa syurgawi kepada anda dalam dunia ini—anda harus menganggap isteri anda sebagai yang paling berharga.

Kurnia daripada Tuhan

Sebelum saya berkenalan dengan bapa duniawi isteri saya, saya sedar bahawa dia ialah pegawai Tentera Udara. Seperti kebanyakan pemuda, saya rasa takut akan bapanya semasa pertemuan pertama tetapi setelah mengenalinya, kami membina rasa hormat yang sihat. Rasa hormat ini memastikan saya berkelakuan sebaik-baiknya dan menghantar anaknya pulang tepat pada masanya selepas janji temu kami.

Saya rasa ia harus sama apabila kita berfikir tentang Bapa syurgawi isteri kita. Dia mengambil berat tentangnya lebih daripada bapa duniawinya atau saya. Allah mempercayai saya dengan kurnia menjaga isteri saya sebagaimana yang dapat dilakukan oleh seorang suami sahaja.

Memikirkan bahawa Bapa yang maha mengetahui, maha berkuasa melihat cara kita melayan kurnia-Nya itu membuat saya menjadi serius. Saya mengekot mengenangkan komen yang mencemuh yang pernah saya buat, dan waktu mementingkan diri saya.

Inilah doa saya, dan saya berharap kaum lelaki yang membaca ini akan mengucapkan doa ini juga:

Bapa di syurga, ampuni saya kerana tidak menghargai isteri saya sebagaimana yang seharusnya. Terima kasih kerana memberikan saya berkat yang menakjubkan ini. Perbaharui hati dan fikiran saya, dan bantulah saya untuk melihatnya sebagai harta karun saya yang paling berharga setiap hari. Amin.


Brad Belyeu
Jurutera YouVersion

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Marriage

Alkitab mengatakan bahawa apabila anda mendapat pasangan, anda mendapat sesuatu yang baik. Bagaimanakah anda menjadikan perasaan itu berpanjangan? Bolehkah anda terus bertumbuh rapat? Apakah yang diperlukan perkahwinan y...

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami