Mengalami Persahabatan dengan AllahSampel

Experiencing Friendship With God

HARI 5 DARIPADA 5

Misi Berpusatkan Kehadiran

Hidup berpusatkan kehadiran bukanlah hidup yang tidak berbuat apa-apa. Hidup ini tidak memuncak apabila kita berasa puas dengan kajian Alkitab dan renungan pagi kita. Sebaliknya, hidup ini mendorong kita untuk mengerjakan misi-Nya di dunia ini.

Hubungan yang jujur dengan Roh Kudus akan mengubah hati kita agar selaras dengan hati Kristus. Dia ialah kasih, dan mengenali Dia menyebabkan kita untuk mengasihi orang lain. Seperti yang tercatat dalam 1 Yohanes 4:19-20, “Kita mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu. Jika seseorang berkata, 'Aku mengasihi Allah,' tetapi dia membenci saudaranya, orang itu pendusta. Jika seseorang tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin dia dapat mengasihi Allah yang tidak dilihatnya.”

Jika gaya hidup Kristian yang kita pupuk tidak berpusatkan kehadiran, hidup itu akan berpusatkan diri. Misi Kristian berpusatkan diri ialah membina hidup yang baik di dunia ini. Walau bagaimanapun, Yesus menawarkan kita impian yang lebih baik. Misi Kristian berpusatkan kehadiran ialah menikmati Allah sementara membawa orang lain kepada persahabatan itu juga.

Sahabat Allah diberikan tugas kudus untuk melakukan hal yang melebihi keupayaan mereka. Tugas ini kerapnya sesuatu yang sukar, menyusahkan, atau betul-betul mustahil.

Sesudah tugas diberikan, Allah memberikan diri-Nya kepada kita. Dia tidak menghabiskan masa menggembar-gemburkan kita, menyanjung-nyanjung keupayaan kita atau terlalu melindungi ketidakyakinan kita. Sebaliknya, Dia menjamin persahabatan-Nya. Persahabatan ini memperkasakan kita untuk tugas tersebut.

Yesus ingin menggunakan hidup anda yang indah untuk memberkati jalan anda, komuniti anda, juga dunia ini. Mengamalkan kehadiran bukanlah ketaatan semata-mata. Tindakan ini membebaskan kuasa penebusan Allah melalui anda dan kepada orang lain. Dia mempunyai misi di dunia ini untuk mengumpulkan anak-anak-Nya agar mereka mengenali Dia, dan anda telah dipanggil untuk bekerja bersama-sama Dia dalam misi ini.

Sudahkah anda mula melihat misi Allah untuk anda? Apakah rupanya? Bagaimanakah persahabatan dengan Allah menjadi sebahagian daripada misi itu?

Kami berharap pelan ini telah mendorong anda. Ketahui lebih lanjut tentang Experiencing Friendship with God oleh Faith Eury Cho di sini.

Perihal Pelan

Experiencing Friendship With God

Adakah anda mengalami musim tanah gersang, tiada air atau oasis untuk jiwa anda? Bagaimana kalau musim ini membawa harapan yang terbesar: untuk mengetahui kehadiran Allah secara dekat, sejati, dan dengan sepenuh hati? Renungan ini menggalakkan anda bahawa waktu ini tidaklah sia-sia, meskipun sesetengah hari anda rasa seolah-olah anda tidak mencapai sebarang kemajuan. Disebabkan walau apa pun rupa bumi yang anda tempuh, Allah menyertai anda sebagai Penghibur, Pemberi Hidup, dan Sahabat.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.faitheurycho.com/