Mengalami Persahabatan dengan AllahSampel

Experiencing Friendship With God

HARI 1 DARIPADA 5

Tanah Gersang Jiwa

Bermula sekarang sehingga syurga, realiti hidup yang susah akan mencabar alasan anda untuk mempercayai Allah. Anda akan gagal, dan ada kalanya orang lain akan mengecewakan anda. Rancangan mungkin tidak menjadi. Pintu akan ditutup, tanpa tanda akan dibuka semula. Keadaan tidak berubah untuk membantu anda, dan sesetengah orang tidak mungkin berubah. Anda mungkin mengalami musim penantian, ataupun musim yang menyeksakan. Jika ini kekal menjadi realiti anda untuk tempoh yang cukup panjang, anda mungkin hampa dengan iman yang kehabisan tenaga.

Inilah tanah gersang jiwa.

Bagi orang Israel Keluaran, tanah gersang Sinai bukanlah pengembaraan berjalan kaki sepanjang denai berpemandangan indah, dengan matahari terbenam yang boleh dihantar di Instagram. Tidak, tanah gersang ialah tanah tandus yang dahsyat, dengan kadar kemandirian yang rendah. Ini merupakan kawasan yang tidak sesuai didiami, kepanasan yang amat sangat dan tanah yang tandus dan suram. Memanglah susah untuk memelihara impian di sana dan lebih susah untuk menemui tujuan.

Tanah gersang jiwa tidak berbeza. Semasa anda mengharunginya, anda berjalan di atas rupa bumi yang membuat anda tawar hati. Apabila anda mendapati diri berkelana, hanya segelintir orang yang akan memahami perjalanan anda. Anda akan menjadi lebih biasa dengan penderitaan daripada perkembangan, dengan kekeliruan daripada visi.

Sesetengah penderitaan menguatkan anda, tetapi ini merupakan kata-kata yang sudah basi yang tidak masuk akal kepada orang kehabisan tenaga semasa berkelana. Anda mungkinlah orang yang yakin akan diri sendiri, tetapi di tanah gersang, anda akan mengalami ketidakyakinan yang mencemaskan. Memburukkan lagi keadaan, anda tidak pasti bila musim itu akan berakhir.

Kelana yang dikasihi, bagaimana kalau tujuan utama tanah gersang ialah menjadikan anda lebih baik atau membawa anda ke suatu tempat? Meskipun pengudusan ialah hasil sampingan berjalan melalui musim tanah gersang, penderitaan perjalanan itu bukanlah untuk tujuan itu semata-mata. Sebaliknya, tujuan tanah gersang ialah menyedari Kehadiran Allah—dan persahabatan yang akrab, sejati, dan mendalam dengan Dia ialah anugerahnya.

Kitab Keluaran mengatakan, “TUHAN berfirman kepada Musa dengan bersemuka, sebagaimana seseorang bercakap dengan sahabatnya" (33:11). Apakah maksudnya bagi anda untuk menyedari bahawa Allah ialah Sahabat anda?

Perihal Pelan

Experiencing Friendship With God

Adakah anda mengalami musim tanah gersang, tiada air atau oasis untuk jiwa anda? Bagaimana kalau musim ini membawa harapan yang terbesar: untuk mengetahui kehadiran Allah secara dekat, sejati, dan dengan sepenuh hati? Renungan ini menggalakkan anda bahawa waktu ini tidaklah sia-sia, meskipun sesetengah hari anda rasa seolah-olah anda tidak mencapai sebarang kemajuan. Disebabkan walau apa pun rupa bumi yang anda tempuh, Allah menyertai anda sebagai Penghibur, Pemberi Hidup, dan Sahabat.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.faitheurycho.com/