Mengalami Persahabatan dengan AllahSampel

Experiencing Friendship With God

HARI 4 DARIPADA 5

Persahabatan daripada Perfeksionisme

Kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri—buah Roh—merupakan sifat yang kita usahakan. Kita cuba menjelmakan semua ini melalui nama baik diri dan disiplin diri. Namun, berdasarkan Galatia 5:22-23, Roh Kuduslah yang bertanggungjawab menghasilkan buah ini, sementara kita bertanggungjawab untuk hidup sejalan dengan Dia. "Roh Allah telah memberikan hidup baru kepada kita; oleh itu Dia juga harus menguasai hidup kita” (Galatia 5:25).

Transformasi rohani yang sebenar bermula dengan persahabatan yang sejati. Hal ini bukanlah tentang menjadi atau mencapai sesuatu. Hal ini ialah tentang menyertai Roh Kudus.

Semasa persahabatan itu menjadi lebih akrab, anda mula mengenali-Nya lebih daripada perkenanan atau ketaksetujuan-Nya. Anda mula memahami kehendak-Nya. Anda mengetahui perkara yang menyedihkan-Nya dan menyenangkan-Nya. Anda mula memahami perspektif-Nya dan melihat daripada sudut pandangan-Nya. Keinginan anda untuk berubah bukan lagi buah kewajipan atau rasa malu tetapi buah kasih.

Anda tidak perlu berusaha untuk kesempurnaan. Sebaliknya, anda boleh menumpukan perhatian pada melayani waktu ini dengan Allah. Selepas waktu ini berlalu, anda menumpukan perhatian pada waktu seterusnya.

Pada setiap keputusan, anda mencari nasihat-Nya. Semasa setiap kehilangan, anda bersedih dengan Penghibur anda yang sentiasa hadir. Semasa anda gagal, anda bertaubat dan mempercayai Penolong. Setiap waktu ialah peluang untuk interaksi kerana Dia hadir, dapat dihubungi, dan baik.

Anda tidak perlu mempertimbangkan segala sesuatu yang mesti dilakukan, sebaliknya menumpukan perhatian pada hal yang Dia memimpin anda untuk lakukan sekarang ini. Meskipun ketika tugas itu kelihatan mustahil, anda bernafas dan berdoa untuk kekuatan-Nya yang luar biasa. Pengumpulan waktu tersebut menghasilkan buah Roh! Semasa anda melaksanakannya waktu demi waktu dan langkah demi langkah, Dia akan membina watak anda dan membentuk hati anda.

Dari segi apakah anda memandang kehidupan Kristian sebagai perjuangan pencapaian peribadi? Apakah perubahan yang mungkin berlaku jika anda memandang transformasi rohani sebagai akibat kehidupan yang berhubungan dengan Allah?

Perihal Pelan

Experiencing Friendship With God

Adakah anda mengalami musim tanah gersang, tiada air atau oasis untuk jiwa anda? Bagaimana kalau musim ini membawa harapan yang terbesar: untuk mengetahui kehadiran Allah secara dekat, sejati, dan dengan sepenuh hati? Renungan ini menggalakkan anda bahawa waktu ini tidaklah sia-sia, meskipun sesetengah hari anda rasa seolah-olah anda tidak mencapai sebarang kemajuan. Disebabkan walau apa pun rupa bumi yang anda tempuh, Allah menyertai anda sebagai Penghibur, Pemberi Hidup, dan Sahabat.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.faitheurycho.com/