Mengalami Persahabatan dengan AllahSampel

Persahabatan Peluang Kedua
Kita sentiasa dimaksudkan untuk berfungsi berasaskan persahabatan dengan Allah.
Pada permulaan kewujudan Adam dan Hawa, mereka diberikan satu tugas. Allah berfirman kepada mereka, "Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar" (Kejadian 1:28). Ini bukanlah tugas yang kecil bagi seseorang yang baru mula bernafas!
Namun, Adam dan Hawa berhubungan dengan Allah dalam cara yang begitu mudah sehinggakan melihat Dia berjalan di taman pada ketika hari dingin adalah perkara biasa (Kejadian 3:8). Akses langsung tersebut merupakan perigi yang memberikan Adam dan Hawa inspirasi serta kekuatan untuk mengembangkan taman itu dan menguasainya.
Malangnya, Adam dan Hawa memutuskan hubungan sempurna mereka dengan Bapa. Sejak itu, mereka hidup dalam dunia yang berdosa di mana manusia masih cuba mengembangkan taman mereka—tetapi tanpa Kehadiran Allah.
Syukurlah, takdir kita untuk melakukan perkara yang besar dalam persahabatan dengan Allah tidak hilang selama-lamanya. Beribu-ribu tahun selepas taman itu, Yesus memberikan tugas yang lain kepada sahabat-Nya: “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah. Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman” (Matius 28:19-20).
Ini merupakan satu panggilan lagi untuk bertambah banyak, satu lagi tugas untuk menyebarkan kasih dan kemuliaan-Nya ke seluruh dunia! Pada dasarnya, ini ialah peluang untuk mengembangkan taman sekali lagi, tetapi kali ini dengan hubungan dengan-Nya yang tidak boleh diputuskan oleh kelemahan dan kegagalan kita.
Dia memberikan kita satu-satunya jaminan yang penting: Dia akan menyertai kita.
Dia memberikan kita kehadiran-Nya.
Bilakah anda merasai kehadiran Allah? Bagaimanakah itu mempengaruhi anda?
Perihal Pelan

Adakah anda mengalami musim tanah gersang, tiada air atau oasis untuk jiwa anda? Bagaimana kalau musim ini membawa harapan yang terbesar: untuk mengetahui kehadiran Allah secara dekat, sejati, dan dengan sepenuh hati? Renungan ini menggalakkan anda bahawa waktu ini tidaklah sia-sia, meskipun sesetengah hari anda rasa seolah-olah anda tidak mencapai sebarang kemajuan. Disebabkan walau apa pun rupa bumi yang anda tempuh, Allah menyertai anda sebagai Penghibur, Pemberi Hidup, dan Sahabat.
More
Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.faitheurycho.com/
Pelan yang Berkaitan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Dimeterai - Bahagian 1

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Bangkitlah dan Bersinarlah
