Info Pelan

Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John PiperSampel

Live By The Spirit: Devotions With John Piper

HARI 7 DARIPADA 7

Roh Membangkitkan Tubuh Kita

Jika Roh Allah yang membangkitkan Kristus daripada kematian, hidup dalam diri kamu, Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian itu, juga akan menghidupkan badan kamu yang fana. Dia melakukannya dengan Roh-Nya yang hidup dalam diri kamu. —Roma 8:11


Allah amat mengambil berat tentang tubuh anda. Jika tidak, Dia akan membiarkan tubuh anda reput dalam kubur dan meminta anda mengatakan berambuslah. Walau bagaimanapun, Dia tidak berkata demikian. Tidak, Allah telah mencipta anda dengan satu tubuh dan Dia telah menciptakan anda untuk kemuliaan-Nya.


Oleh itu, Dia akan membangkitkan dan memberikan hidup kepada tubuh fana anda melalui Roh-Nya walau betapa remuk, atau cacat, atau kurus kering, atau berpenyakit pun, dan Dia akan menjadikan tubuh anda begitu kuat, begitu sihat, begitu indah, sehinggakan apabila saya melihatnya, saya akan berkata, "Kamu bagaikan langit biru yang luas pada hari musim panas yang cerah. Kamu bagaikan kegemilangan jutaan bintang pada ruang angkasa yang gelap-gelita. Keserian kamu bagaikan matahari; ya, dalam kamu saya melihat keagungan kemuliaan Yesus Kristus yang telah mencipta kamu, menebus kamu, membangkitkan kamu, dan memuliakan kamu dengan kemuliaan-Nya selama-lamanya."


Di manakah kita menemukan kuasa untuk meneruskan kehidupan yang dipenuhi kasih apabila hanya terdapat beberapa ganjaran duniawi sahaja? Di manakah seseorang suami atau isteri memperoleh kekuatan emosi untuk terus memberi apabila pemberian itu tidak dibalas? Di manakah seseorang lelaki atau perempuan yang ingin berkahwin menemukan kekuatan untuk berpuas hati selama pembujangan 70 tahun? Di manakah Yesus memperoleh kekuatan untuk mengatasi salib dan menahan hal yang memalukan itu (Ibrani 12:2)?


Demi sukacita yang ditempatkan di hadapan kita ketika kebangkitan, kita menahan segala sesuatu demi Kristus. Yesus tidak berjanji bahawa ketaatan terhadap-Nya akan diberikan ganjaran oleh manusia dalam kehidupan ini. Sukacita kita mengalir daripada harapan yang tidak bergoncang dalam Roma 8:11, bukannya daripada keadaan kehidupan kita yang berubah-ubah. "Jika Roh Allah yang membangkitkan Kristus daripada kematian, hidup dalam diri kamu, Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian itu, juga akan menghidupkan badan kamu yang fana."


Jika anda betul-betul mempercayai bahawa Allah menyertai anda dan tidak menentang anda, dan bahawa Dia akan memberikan hidup kepada tubuh fana anda melalui Roh-Nya yang diam dalam anda, dan bahawa apa jua kebaikan yang anda korbankan dalam kehidupan ini akan dibalas seratus kali ganda semasa kebangkitan orang baik (Markus 10:28-30), dan bahawa anda akan bersinar seperti matahari di kerajaan Bapa anda, maka, anda memiliki takungan kekuatan yang tidak habis-habis untuk terus melakukan perbuatan baik yang Allah panggil anda untuk laksanakan, sama ada orang lain menghargai anda atau tidak.


Ketahui lebih lanjut: http://www.desiringgod.org/messages/the-spirit-will-give-life-to-your-mortal-bodies


Hari 6

Perihal Pelan

Live By The Spirit: Devotions With John Piper

7 Bacaan Renungan daripada John Piper mengenai Roh Kudus

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John Piper dan Desiring God kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.desiringgod.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami