Info Pelan

Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John PiperSampel

Live By The Spirit: Devotions With John Piper

HARI 3 DARIPADA 7

Roh Mengalahkan Ketakutan

Aku akan mencurahkan air pada tanah yang gersang, dan mengalirkan anak-anak sungai di tempat yang kering. Aku akan mencurahkan Roh-Ku pada anak-anak kamu, Aku akan memberkati keturunan kamu. —Yesaya 44:3


Tahukah anda mengapa lebih mudah untuk berbuat baik terhadap orang lain pada hari Jumaat berbanding pada hari Isnin? Tidakkah kerana harapan bagaikan sungai yang mengalir ke dalam kita daripada masa depan yang cerah, memenuhi takungan sukacita kita, dan kemudiannya melimpahi dalam kebaikan kepada orang lain?


Pada hari Jumaat, rehat dan rekreasi sudah dekat, begitu dekat sehinggakan kita dapat merasakannya. Melalui harapan kita merasai kuasa hujung minggu yang bakal tiba. Takungan kecil sukacita kita mula diisi. Jika hujung minggu kelihatan cukup cerah, takungan sukacita kita akan dipenuhi hingga ke bibirnya dan mula melimpah.


Limpahan sukacita kepada orang lain ini dipanggil kasih. Jadi, anda sentiasa lebih baik kepada orang lain apabila anda rasa gembira tentang masa depan anda. Harapan memenuhi anda dengan kegembiraan, dan kegembiraan melimpah dalam senyuman, kata-kata baik dan perbuatan yang membantu. Ini berlaku sebelum percutian, sebelum hari jadi, sebelum hari Natal, dan bagi kebanyakan orang, ini berlaku pada hari Jumaat.


Apabila kita basah kuyup kena Roh, kita basah kuyup kena keyakinan bahawa hari Isnin dicipta di syurga seperti hari Jumaat juga. Walau apa pun yang kelihatan menakutkan esok tidak perlu menakutkan jika anda dipenuhi Roh. Hubungan di rumah mungkin tegang, kesihatan mungkin merosot, bos mungkin merancang pemecatan anda, hari esok mungkin membawa konfrontasi yang mengancam—walau apa pun yang membuat anda bimbang tentang hari esok, bukalah hati anda kepada limpahan Roh Allah; pandanglah janji-janji-Nya dan Dia akan memenuhi anda dengan harapan dan mengalahkan ketakutan anda.


Apabila Roh Kudus dicurahkan, bukan sahaja ketakutan dilenyapkan malah kerinduan dipuaskan. Kehausan jiwa akan Allah dipuaskan—atau sekurang-kurangnya kita merasakan kepuasan yang mencukupi dalam Dia untuk mengetahui tempat di mana kita harus menghabiskan seluruh hayat kita untuk memuaskan kehausan itu.


Masa depan kita mungkin kelihatan suram kerana dua sebab: pertama, kemungkinan bahawa kesengsaraan bakal melanda; kedua, kemungkinan bahawa kegembiraan tidak akan datang. Tidakkah semua pekerjaan hati manusia benar-benar ketandusan kerana dua perkara berikut: takut akan kesengsaraan akan datang dan kehausan akan kegembiraan akan datang? Jika demikian, janji Yesayalah yang kita perlukan: apabila Roh dicurahkan ke dalam hati kita, ketakutan dilenyapkan dan kehausan dipuaskan. Oleh itu, saya menggesa anda, jika anda rindukan sentuhan Roh Allah dalam kehidupan anda, serahkan diri anda siang dan malam untuk membaca Firman.


Ketahui lebih lanjut: http://www.desiringgod.org/messages/a-precious-promise-the-outpouring-of-gods-spirit


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Live By The Spirit: Devotions With John Piper

7 Bacaan Renungan daripada John Piper mengenai Roh Kudus

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John Piper dan Desiring God kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.desiringgod.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami