Info Pelan

Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John PiperSampel

Live By The Spirit: Devotions With John Piper

HARI 4 DARIPADA 7

Roh Melindungi Kita

Kamu...umat Allah...Allah mengurniai kamu Roh-Nya yang telah dijanjikan-Nya itu. Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu meyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya! —Efesus 1:13-14


Keinginan besar Allah untuk umat-Nya adalah agar kita berasa yakin dalam kasih-Nya dan kuasa-Nya. Segala sesuatu yang lain dalam kehidupan mungkin tidak stabil—kesihatan kita, keluarga kita, pekerjaan kita, pendidikan kita, masyarakat kita, dunia kita. Pada mana-mana tahap tersebut, anda mungkin rasa seolah-olah anda berdiri di belebas bangunan 40 tingkat dengan angin yang tidak dapat diduga. Anda rasa kehilangan keseimbangan dan jatuh, dan setiap bata yang disambar tercabut dari lepanya.


Memandangkan Allah melakukan segala sesuatu demi pujian kemuliaan-Nya, dan memandangkan mempercayai Firman-Nya mengagungkan kemuliaan itu, Allah mengambil langkah penentuan untuk menjamin pengagungan kemuliaan-Nya selama-lamanya: Dia mengurniai orang percaya dengan Roh Kudus, dan menjamin bahawa kita akan menerima warisan kita dengan pujian kemuliaan-Nya.


Allah amat komited untuk memiliki umat yang hidup selama-lamanya untuk memuji kemuliaan-Nya sehinggakan Dia tidak akan membiarkan nasib abadi kita bergantung pada kuasa asli kehendak atau perbuatan kita. Dia mengutuskan Roh Kudus-Nya untuk memasuki kehidupan kita dan melindungi kita selama-lamanya.


Allah mengutus Roh Kudus sebagai meterai yang mengekalkan iman kita, sebagai meterai pengesahan untuk mengesahkan status keanakan kita, dan sebagai meterai pelindung untuk menjauhkan kuasa pembinasaan. Pokoknya, Allah mahu kita rasa terjamin dan selamat dalam kasih dan kuasa-Nya.


Dalam Efesus 1:14, Allah berkata, "Keinginan besar Aku adalah agar orang yang mempercayai Aku berasa terjamin dalam kasih-Ku. Aku telah memilih kamu sebelum dunia ini dicipta. Aku telah memilih kamu dari semula untuk menjadi anak-anak-Ku selama-lamanya. Aku telah menebus kamu dengan darah Anak-Ku. Aku telah menempatkan Roh dalam kamu sebagai meterai dan jaminan. Oleh itu, kamu akan menerima warisan dan memuji kemuliaan kasih karunia-Ku selama-lamanya" (parafrasa penulis).


Aku memberitahu kamu tentang ini dalam Efesus 1 kerana Aku mahu kamu rasa selamat dalam kasih-Ku dan kuasa-Ku. Aku tidak menjanjikan kehidupan yang senang. Sebenarnya, kamu mesti mengalami banyak penderitaan supaya kamu dapat menikmati Pemerintahan Allah (Kisah Para Rasul 14:22). Aku mengulang sekali lagi: Aku telah memilih kamu. Aku telah memilih kamu dari semula; Aku telah menebus kamu; Aku telah memeterai kamu dengan Roh-Ku. Warisan kamu terjamin, kerana Aku amat komited untuk mengagungkan kemuliaan kasih karunia-Ku dalam keselamatan kamu."


Ketahui lebih lanjut: http://www.desiringgod.org/messages/sealed-by-the-spirit-to-the-day-of-redemption


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Live By The Spirit: Devotions With John Piper

7 Bacaan Renungan daripada John Piper mengenai Roh Kudus

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John Piper dan Desiring God kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.desiringgod.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami