Info Pelan

Sabat - Hidup Berdasarkan Ritma AllahSampel

Sabbath - Living According to God's Rhythm

HARI 5 DARIPADA 8

HARI SABAT DAN PERINGATAN         


RENUNGAN


Petikan Alkitab ini ialah penegasan hukum yang keempat. Tuhan mengarahkan kita untuk meraikan hari Sabat, sehari untuk berehat selepas enam hari bekerja – sehari untuk disegar semula. Di tengah-tengah rehat ialah panggilan untuk mengingati: "ingatlah" (Ulangan 5:15). Hari Sabat dan peringatan terjalin rapat, tetapi bagaimana dan mengapa? 



Marilah kita mengingati bahawa sistem sehari untuk rehat dalam seminggu untuk semua orang tidak pernah ditemui dalam mana-mana perabadan kuno. Orang Yunani berfikir orang Yahudi duduk-duduk sahaja kerana mereka menuntut satu hari cuti setiap minggu. Sesungguhnya hari Sabat itu ialah suatu kurnia Allah yang luar biasa! 



"Ingatlah" mempunyai dua realiti. Pertama: "Dahulu kamu diperhamba di negeri Mesir." Kedua: "Allah kamu, membebaskan kamu." Dengan kata lain, kebebasan anda telah dirampas dan kini Tuhan telah membebaskan anda. Hari Sabat mengingatkan kita bahawa kita boleh hidup bebas daripada perhambaan kerana Allah. Ini membincangkan topik kebebasan, iaitu kebebasan daripada perhambaan kerja kita. 



Setiap tahun, saya mengingati 8 Mei 1945. Ayah saya telah dikerah masuk tentera oleh rejim Nazi dan perlu bekerja siang dan malam. Apabila ia mendengar BBC secara sulit tentang kemaraan tentera Amerika, ia melarikan diri dan sampai di kampungnya Luxembourg pada hari kedamaian sementara tersebut. Melepaskan diri daripada perhambaan Nazi dan mengalami kebebasan, ia berasa amat bersyukur terhadap pembebasnya. Setiap pengalaman kebebasan menjadi sebahagian daripada identiti kami dan kesaksian kami. 



Sebelum Yesus menyatakan diri-Nya kepada saya, saya hidup dalam ketakutan setiap hari. Apabila Roh Kudus diam dalam hati saya, Dia memberikan saya kedamaian Kristus dalam jiwa saya. Bentuk kedamaian ini kekal. Saya telah dibebaskan daripada ketakutan terdalam saya. Saya menyedari dan mengingati identiti saya dalam Kristus, dan saya berkongsi kesaksian saya dengan orang lain.



Ingatlah, tetapi bukan untuk diri sendiri sahaja. Pada hari Sabat, pembantu, hamba, dan orang asing harus berehat bersama dengan kita (Ulangan 5:14). Marilah kita mengingati orang yang masih "diperhambakan" dan belum dibebaskan lagi.



SOALAN RENUNGAN  



  • Allah, Bapa kami, tidak mencari pekerja dulu, tetapi anak lelaki dan anak perempuan. Apakah pendapat anda tentang kenyataan ini? Bagaimanakah hari Sabat membantu anda untuk mengingati perkara itu?   

  • Apakah kesaksian keselamatan atau pembebasan anda yang suka dikenang dan dikongsi?   

  • Demi menjadi bebas, kita mesti mengingati. Adakah ini benar? Bagaimanakah anda melakukannya?   

  • Siapakah "hamba Mesir" sekarang ini? Orang yang tidak mahu dilupakan? Orang yang ingin diberikan pelaburan anda?


TOPIK DOA  



  • Kita berdoa agar Allah, Bapa kita, membebaskan kita daripada ketakutan dan perhambaan kejahatan dalam hidup kita melalui Yesus Kristus.   

  • Kita berdoa agar kita belajar hidup sebagai anak lelaki dan anak perempuan Allah, Bapa kita, yang telah membebaskan kita untuk hidup dalam kuasa Roh Kudus dan berdasarkan Firman-Nya.   

  • Kita berdoa agar kesyukuran dan, oleh itu, sukacita boleh bertumbuh dalam hati kita, dalam keluarga kita, dan di gereja kita.   

  • Kita mendoakan pembebasan hamba zaman moden (askar kanak-kanak, mangsa pemerdagangan manusia dan kanak-kanak, dsb). 

  • Kita mendoakan sokongan Allah dan untuk pembebasan orang yang dipenjarakan kerana iman mereka.


DOA YANG DICADANGKAN 


Terima kasih Bapa. Engkau tidak memberikan saya roh ikatan yang memimpin saya kembali kepada hidup yang dipenuhi ketakutan. Engkau telah membawa saya ke dalam keluarga-Mu, yang menjadikan saya anak lelaki-Mu, anak perempuan-Mu. Oleh itu, saya berseru dengan kuat dan jelas: "Abba! Bapa!" Ini adalah nyata kerana roh-Mu bersaksi bahawa saya ialah anak-Mu. Yesus, saya ialah waris hidup-Mu dan hati-Mu. Di mana pun Engkau telah membebaskan saya, utuslah saya untuk membawa orang yang dikasihi-Mu kepada Bapa kami. Jika saya perlu menderita, saya menyambutnya, kerana pada waktu itu kemuliaan-Mu akan menjadi nyata, sekarang dan selama-lamanya. Amin. (Roma 8, 14-17)







Paul Hemes, Pensyarah HET pro (kolej teologi) St. Légier, Switzerland.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Sabbath - Living According to God's Rhythm

Evangelical Alliance Week of Prayer (WOP) merupakan inisiatif seluruh dunia tetapi diamalkan sebahagian besarnya di Eropah, dengan bahan yang disediakan oleh European Evangelical Alliance. WOP 2022 bertemakan "Sabat". Se...

More

Kami berterima kasih kepada European Evangelical Alliance kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.europeanea.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami