Info Pelan

Sabat - Hidup Berdasarkan Ritma AllahSampel

Sabbath - Living According to God's Rhythm

HARI 4 DARIPADA 8

HARI SABAT DAN BELAS KASIHAN           


RENUNGAN


Allah tidak menetapkan hari Sabat sebagai hukum yang MENENTANG kita, tetapi sebagai tindakan berbelas kasihan UNTUK kita. Itulah sebabnya murid-murid dibenarkan memetik dan memakan gandum pada hari Sabat untuk menghilangkan kelaparan (Matius 12:1-8). Itulah sebabnya orang yang tangannya lumpuh sebelah disembuhkan pada hari Sabat (Matius12:9-13). Yesus melihat kelaparan murid dan kesengsaraan lelaki itu dan rasa terharu. Hari Sabat ialah hari untuk makanan dan penyembuhan. Tidak larangan bekerja ("tidak melakukan apa-apa") dan tidak juga keperluan tindakan ("mempersembahkan korban") terletak di tengah-tengah hari Sabat. Tujuan utama hari Sabat ialah menunjukkan kita belas kasihan Allah. 



Dalam Perjanjian Lama, hari Sabat merupakan ungkapan perjanjian antara Allah dan umat-Nya, seperti penyunatan. Hari Sabat bertindak sebagai hari rehat, masa untuk memandang Allah dan berasa kagum akan belas kasihan serta kekudusan-Nya. "Rayakanlah hari Sabat, hari yang telah Aku tetapkan sebagai hari rehat, kerana hari itu adalah suatu tanda antara Aku dan kamu selama-lamanya, untuk menunjukkan bahawa Aku, TUHAN, telah menjadikan kamu umat-Ku sendiri.” (Keluaran 31:13). Umat Allah menerima belas kasihan Allah, mereka "dijangkiti" belas kasihan-Nya, kemudian menurunkannya sebagai berkat kepada seluruh dunia ini. 



Apabila kita berkumpul bersama untuk menyembah dan bersekutu, apabila kita mendengar suara Allah dan bercakap dengan-Nya, kita melepaskan diri daripada kehidupan seharian dan meraikan belas kasihan-Nya. Di gereja, pemikiran prestasi ekonomi, dan pemikiran hiburan rekreasi, berkecai. Oleh itu, kebaktian gereja bukanlah perniagaan ataupun persembahan, bukan juga usaha agama ataupun penggunaan agama. Ia adalah lebih daripada itu. Kebaktian gereja ialah wadah jiwa kita boleh berehat dan wadah kita mengalami belas kasihan Allah. Di gereja, Allah melayani kita dengan belas kasihan-Nya. Barang siapa yang menerima belas kasihan Allah akan menjadi pemberi belas kasihan. "Hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa kamu berbelas kasihan juga!" (Lukas 6:36).



Melalui kurnia belas kasihan, Allah menyediakan kita untuk hidup dan bertindak dengan berbelas kasihan, untuk berbuat baik terhadap satu sama lain. Ayat hari ini menggalakkan kita untuk bersikap berorientasikan Yesus di dunia ini.



SOALAN RENUNGAN  



  • Merenungkan perkara yang berikut: Allah tidak menetapkan hari Sabat sebagai hukum yang MENENTANG kita, tetapi sebagai tindakan berbelas kasihan UNTUK kita.  

  • Bagaimanakah saya boleh mengalami belas kasihan Allah semasa hari Sabat berhubungan dengan Allah dan orang di sekeliling saya?  

  • Apakah perubahan kecil yang boleh saya lakukan untuk mengutamakan belas kasihan Allah pada hari Sabat––sebagai seseorang individu, dalam keluarga, di gereja?


TOPIK DOA  



  • Kita mendoakan masa untuk menumpukan perhatian pada Allah. Kita melepaskan diri daripada cara pemikiran kita yang biasa yang tertumpu pada prestasi dan penggunaan. Kita meminta belas kasihan Allah (Kyrie eleison – Tuhan kasihanilah!).   

  • Kita mendoakan pengampunan apabila kebaktian gereja menjadi aktivisme agama bukannya pertemuan dengan Allah.  

  • Kita berdoa untuk semua orang yang mengkhabarkan Firman Allah, dan agar mesej Allah yang penuh belas kasihan didengar dan diterima.   

  • Kita berdoa agar Allah membuka mata kita, supaya kita boleh bertindak dengan penuh belas kasihan terhadap orang di sekeliling kita sebagaimana Dia berbelas kasihan terhadap kita.   

  • Kita berdoa agar Roh Kudus menunjukkan bagaimana kita boleh bersikap berpusatkan Allah dan menjaga seluruh ciptaan.


DOA YANG DICADANGKAN 


Allah Maha Pengampun, kami memuji dan meraikan-Mu! Kami menyembah-Mu. "Suci, suci, sucilah Tuhan, Allah Maha Kuasa”, kami berdoa dengan pasukan malaikat. 



Ampunkan kami kerana bersikap mementingkan diri dan tertumpu pada aktiviti kami, padahal kami harus menumpukan perhatian pada-Mu. Hidupkan semula kebaktian gereja kami dengan Roh Kudus-Mu, agar kami menemui Engkau semula, dan agar hati kami diubah oleh belas kasihan-Mu. Berkati semua orang yang mengkhabarkan Firman Allah. Bukalah mata kami dan hati kami terhadap keperluan orang di sekeliling kami dan masyarakat kami. Berikan kami idea dan keberanian untuk melabur dengan penuh belas kasihan dalam gereja-Mu dan dalam dunia ini. Amin.







Lea Schweyer, Presiden Evangelical Alliance Section Riehen-Bettingen, Switzerland.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Sabbath - Living According to God's Rhythm

Evangelical Alliance Week of Prayer (WOP) merupakan inisiatif seluruh dunia tetapi diamalkan sebahagian besarnya di Eropah, dengan bahan yang disediakan oleh European Evangelical Alliance. WOP 2022 bertemakan "Sabat". Se...

More

Kami berterima kasih kepada European Evangelical Alliance kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.europeanea.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami