Info Pelan

Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti AndaSampel

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

HARI 3 DARIPADA 10

Setiap sesuatu yang dicipta oleh Allah—betul-betul segala-galanya—Dia telah mencipta dengan tujuan. Tujuan lebah ialah mendebungakan bunga, membantu tumbuhan bertumbuh, membiak, dan menghasilkan makanan. Tujuan panahan petir ialah menolong melarutkan nitrogen yang tidak dapat digunakan dalam air, yang kemudiannya menghasilkan baja semula jadi yang diserap oleh akar tumbuhan. Tujuan pokok aspen ialah menyediakan habitat untuk pelbagai hidupan liar. Walaupun semua perkara mempunyai tujuan yang tersendiri, semuanya mempunyai satu tujuan sepunya juga—untuk memahami Allah dengan menunjukkan keindahan-Nya dan kemuliaan-Nya. Namun tiada perkara lain di bumi ini telah dicipta menurut gambar Allah seperti anda dan saya. Anda mencerminkan Dia dalam cara yang tidak dapat dilakukan oleh mana-mana ciptaan yang lain di dunia ini. Tidak seperti bintang, hanya anda dan saya dapat menyatakan pengampunan-Nya, kasih kurnia-Nya, dan kasih-Nya kepada orang di sekeliling kita.



Apabila anda melaburkan masa dan tenaga anda untuk menguruskan cara orang lain memandang anda, anda bukan sahaja mencipta versi diri anda yang kerap dibina dengan palsu dan sempurna, malah anda terlepas tujuan yang lebih besar daripada Tuhan bagi anda.



Rupa luaran anda kepada dunia di sekeliling anda tidak bertindak sebagai tujuan anda di dunia ini, tidak juga menjadi sebab anda dipanggil permata pada mahkota Tuhan (Zakharia 9:16). Sementara Allah telah mencipta bintang untuk bersinar sebagai permata di langit, Dia telah mencipta anda untuk memegang khazanah Syurga yang sebenar dalam diri anda. Anda mempunyai Roh Kudus Allah yang hidup dalam hati anda. Tujuan anda yang tersendiri mungkin menjadi pemain besbol, atau jurusolek, atau ahli terapi fizikal, atau pereka grafik. Walau bagaimanapun, tujuan utama anda sebagai anak Allah sentiasanya mencerminkan kasih Allah dan menunjukkan pengampunan-Nya, kasih kurnia-Nya, dan kebaikan-Nya kepada kawan anda, pasukan anda, rakan sekelas anda, dan keluarga anda, dalam cara yang hanya dapat dilakukan oleh anda.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan meno...

More

Kami bersyukur kepada Fresh Life Church (Levi Lusko) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://freshlife.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami