Info Pelan

Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti AndaSampel

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

HARI 10 DARIPADA 10

Anda IALAH bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci. Petikan ini menjelaskan bahawa identiti anda tidak dipersoalkan sebagai pengikut Kristus. Anda telah dipilih! "Dahulu kamu bukan umat Allah, tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mengenal rahmat Allah, tetapi sekarang kamu sudah menerima rahmat-Nya." Dahulu anda buta, tetapi sekarang anda melihat, kerana cahaya-Nya yang gemilang. 



Walau bagaimanapun, anda tidak dipanggil untuk diasingkan dari segi gelaran sahaja. Jangan berhenti di sana! Diasingkan oleh Allah disertai rancangan tindakan. Anda telah dipanggil untuk menahan diri daripada hawa nafsu—perkara duniawi yang anda sedar adalah salah, tetapi rasa menyeronokkan pada ketika itu—memandangkan semua perkara ini menyerang jiwa anda. Sering kali, PERKARA yang cuba mendefinisikan anda dan menyendal diri anda yang sebenar (anak lelaki dan anak perempuan Allah) dan memberitahu anda ialah sesuatu yang memberikan diri anda pengesahan itulah yang didapati ialah identiti kosong akhirnya. Anda telah dipanggil untuk tujuan yang lebih tinggi daripada itu. Jangan korbankan bahagian anda dalam keimaman diraja untuk identiti yang sementara. 



Anda dan saya telah dipanggil untuk hidup dengan mulia sebagai pengikut Kristus—bukan untuk membuat orang lain memandang anda dan berfikir anda sebagai hebat. Namun, agar mereka melihat siapa Allah itu melalui anda—melalui perbuatan anda, kata-kata anda, dan cara anda menjalankan hidup, tidak sombong tetapi dengan kerendahan hati. 



Oleh itu, semasa anda keluar dari pintu hari ini, ingatlah siapa anda ini. Semasa anda menghabiskan masa dengan kawan anda, ingatlah siapa anda ini. Anda ialah bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci—umat Allah sendiri. Hiduplah menurut identiti itu. Tunjukkan orang lain kepada Dia. Kongsi cahaya-Nya dan apa yang telah dilakukan-Nya dalam hidup anda. Tengoklah sementara Dia mengubah anda menjadi siapa yang dipanggil-Nya secara tersendiri. 


Hari 9

Perihal Pelan

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan meno...

More

Kami bersyukur kepada Fresh Life Church (Levi Lusko) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://freshlife.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami