Info Pelan

Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti AndaSampel

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

HARI 6 DARIPADA 10

Pernahkah seseorang yang amat penting kepada anda mengingati nama anda semasa berbual? Mungkin seorang kawan baru, barista di Starbucks, ataupun orang yang disukai anda di sekolah. Adakah anda ingat betapa gembiranya anda dalam situasi itu kerana nama anda diingati? Ingatkah anda betapa seronoknya mendengar suara seseorang yang disukai memanggil nama anda, mengingati anda, menyapa anda, atau memberikan anda pujian yang bermakna? Ini membuat anda rasa dikenali dan penting. 



Inilah perasaan ayat dalam Yohanes 10 ini. Yesus memberitahu kita jika kita menyerahkan diri kepada Dia dan mendengar suara-Nya, Dia akan mengenal kita. Bayangkan Penyelamat dunia mengenal suara anda! 



Demi mengenal suara anda, anda harus menjalinkan hubungan dengan orang itu. Pertimbangkan; jika anda mendengar rakaman suara semua kawan dan keluarga anda dan perlu meneka pemilik suara tersebut, dapatkah anda melakukannya? Saya rasa anda dapat meneka sebahagian besar daripadanya. Mengapa? Kerana anda bercakap dengan mereka sepanjang hari, setiap hari! Sama juga dengan Yesus; semakin banyak masa yang anda habiskan dengan-Nya, semakin anda mengenal suara-Nya! Saya pernah mendengar satu pepatah yang betul-betul mengubah cara saya berfikir tentang suara Allah. Katanya, "Anda tidak boleh mengadu bahawa anda tidak mendengar suara Allah jika Alkitab anda tertutup.” ISSSSSSSS! Fikiran saya terganggu semasa mendengar ayat itu buat pertama kalinya. Bagaimanakah kita harus mendengar suara Allah jika kita tidak mengkaji Firman-Nya, membaca firman-Nya, dan menghabiskan masa dengan-Nya dalam doa dan penyembahan? Kita tidak dapat mendengarnya, dan kita tidak akan mendengarnya! 



Berita baiknya ialah Allah mahu mengenali anda! Dia mahu mengenal suara anda; Dia mahu anda untuk menjadi sebahagian daripada umat-Nya. Dia mahu anda sepenuhnya—bukan bahagian yang baik sahaja—setiap bahagian anda! 



Yesus mahu anda untuk mengenal suara yang Dia cipta dalam anda, tetapi untuk membuka suara tujuan anda, anda harus mengenal suara-Nya dahulu. Jadilah anak domba; ikutlah Gembala anda. Ikutlah Yesus, dan anda tidak mungkin pergi ke tempat tanpa orang yang mengenal suara anda.


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan meno...

More

Kami bersyukur kepada Fresh Life Church (Levi Lusko) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://freshlife.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami