Info Pelan

Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti AndaSampel

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

HARI 8 DARIPADA 10

Yeremia 12:3a menyampaikan kesedaran tentang betapa Allah mengenali kita. Dia melihat kita, kita boleh meminta Dia untuk menguji hati kita, dan kita boleh mempercayai Dia dengan kesudahannya. Mazmur 139:23-24 menggambarkan doa penulis kepada Allah agar MENGENAL seluruh jiwa raganya: hati, fikiran, dan badan.


Pertama, ini merupakan doa agar Allah "kenallah hatiku." Fikirlah tentang setiap kali anda disalah faham. Anda mengatakan sesuatu yang salah atau melakukan sesuatu dengan niat yang baik tetapi disalah faham oleh orang lain. Apabila anda dikenal oleh Allah yang mengetahui isi hati anda, anda boleh yakin 100% bahawa Dia selalu melihat hal yang terbaik dalam kata-kata, perbuatan, dan fikiran anda.


Seterusnya, ini merupakan doa agar Allah "ketahuilah kebimbanganku." Anda tahu maksud saya. Fikiran yang terlalu malu untuk diceritakan kepada kebanyakan orang. Meskipun orang yang diberitahu tidak BETUL-BETUL diceritakan fikiran keseluruhannya. Dikenali Allah bermakna difahami. Disahkan. Sebenarnya, Dia bimbang tentang kebimbangan anda, dan kebimbangan anda memang munasabah kepada-Nya!


Akhirnya, ini merupakan doa agar Allah mengetahui perbuatan kita, termasuk perbuatan yang tidak membanggakan (kejahatan, atau dosa kita). Oh, menakutkan! Mengapa saya mahu Allah untuk mengetahui cara saya melayani kawan semasa makan tengah hari atau di parti minggu lepas? Bukankah itu perkara terakhir yang saya mahu Allah untuk tahu tentang saya?


Begini: ini bukanlah doa untuk Allah menilai perbuatan jahat anda. Ini merupakan doa agar Allah mengenal setiap aspek kewujudan anda: yang baik, yang jahat, yang buruk, dan yang betul-betul durjana. Namun, Allah mengenali anda bukanlah suatu ancaman! Bacalah ayat terakhir itu sekali lagi. Mengapakah kita memuji Allah kerana Dia mengetahui setiap sesuatu tentang kita? Kerana apabila Allah mengenal kita, Dia boleh memimpin kita.


Ke manakah Dia membawa kita? Ke jalan yang abadi—apabila Allah mengenal kita, Dia memimpin kita ke arah hidup yang baik, hidup yang penuh, hidup yang kekal. Itulah maksudnya dikenali oleh Allah yang mengasihi anda lebih daripada yang mungkin anda fahami.


Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan meno...

More

Kami bersyukur kepada Fresh Life Church (Levi Lusko) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://freshlife.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami