Info Pelan

Kuasa Luar Biasa Pujian: Renungan 5 Hari Daripada MazmurSampel

The Extraordinary Power of Praise: A 5 Day Devotional From the Psalms

HARI 5 DARIPADA 5

Memuji Allah Membawa Kemenangan



Kita mempunyai musuh yang ingin mengebas, mencuri, membunuh dan membinasakan. Musuh kita bekerja keras untuk mengebas keyakinan kita dan mencuri semangat kita. Dia ialah penipu dan penuduh. Namanya ialah Iblis. Walau bagaimanapun, Allah telah memberikan kita senjata yang boleh digunakan dalam perang dengan Iblis yang memburu kita. Kita boleh melanyak musuh itu dengan Firman Allah dan Pujian. Dua senjata ini, apabila digabungkan akan menghancurkan musuh itu. Begini, Iblis alah kepada pujian. Apabila anda rasa ia cuba mengalahkan anda atau mencuri keyakinan anda, mulalah memuji nama Yesus Kristus. Semasa anda memuji Yesus Kristus kerana siapa Dia itu, Iblis akan berlari seperti pengecut.



Prinsip ini diperhatikan dalam cerita Yosafat yang mengetuai angkatan tentera Yehuda untuk berlawan dengan musuh yang mengepung mereka. Daripada menghantar tenteranya dahulu, Raja Yosafat menghantar koir yang bernyanyi, "Pujilah TUHAN! Kasih-Nya kekal abadi!" (2 Tawarikh 20:21). Semasa koir itu bernyanyi, TUHAN menimbulkan kekacauan di tengah-tengah musuh yang hendak menyerang mereka dan menewaskan mereka. Ini merupakan cerita yang berkuasa yang menggambarkan bagaimana memuji Allah mengalahkan musuh dalam hidup kita.



Sela – Berhenti Sejenak dan Merenung: Dalam lingkungan kehidupan anda yang manakah anda ingin sangat melihat kemenangan? (iaitu, kemenangan atas kekhuatiran, ketakutan, ketagihan, isu yang berhubung dengan makanan..) Apakah rupanya jika anda memuji Allah yang telah mencapai kemenangan melalui Yesus Kristus?



Doa Pujian: Tuhan Yesus, saya memuji-Mu kerana dengan pertolongan-Mu saya dapat menghadapi apa-apa situasi yang rasa tidak dapat diatasi. Menerusi kuasa-Mu kegelapan bertukar menjadi terang. Terima kasih Tuhan, kerana semasa saya takut, Engkau menyertai saya. Saya memuji-Mu kerana Engkau berjanji untuk memimpin saya kepada kemenangan apabila saya mempercayai-Mu. Allah Bapa, saya bersyukur bahawa melalui Kristus saya memiliki kemenangan dalam setiap situasi. Tiada senjata dapat mencederakan saya. Saya memuji-Mu, Tuhan Yesus, kerana hari ini saya boleh berdiri dalam kemenangan-Mu.



Mazmur 18:46-49, "Tuhan hidup selama-lamanya! Segala puji bagi Tuhan, Batu Pejalku! Segala kemuliaan bagi Allah, Penyelamatku! Allah yang membalas kejahatan orang terhadapku, dan menundukkan bangsa asing di bawahku, Dia menyelamatkanku daripada musuhku. Engkau, ya Tuhan, mengangkatku mengatasi mereka yang bangkit menyerangku; Engkau telah menyelamatkanku daripada manusia yang ganas. Maka itu aku akan mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, dalam kalangan bangsa asing; dan menyanyi memuji nama-Mu."



Untuk bantuan mengatasi kekhuatiran, sertai Becky Harling untuk kajian selama 6 minggu tentang Mazmur dalam The Extraordinary Power of Praise.    


Hari 4

Perihal Pelan

The Extraordinary Power of Praise: A 5 Day Devotional From the Psalms

Kekhuatiran, ketakutan, kesepian dan kemurungan telah bertambah dengan banyaknya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Emosi tersebut tidak asing bagi para pemazmur. Walau bagaimanapun, mereka belajar membebaskan k...

More

Kami berterima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-extraordinary-power-of-praise/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami