Info Pelan

Kuasa Luar Biasa Pujian: Renungan 5 Hari Daripada MazmurSampel

The Extraordinary Power of Praise: A 5 Day Devotional From the Psalms

HARI 4 DARIPADA 5

Memuji Allah Memupuk Rasa Puas Hati



Memanglah mudah dalam budaya kita sekarang ini untuk mengerang dan mengeluh tentang kekurangan kita. Kita membandingkan situasi kita dengan situasi kawan kita dan rasa seolah-olah kehidupan mereka adalah lebih baik daripada kehidupan kita. Dalam ketidakpuasan kita, kita mula merungut dan mengadu. Daud menulis bahawa disebabkan TUHAN ialah gembalanya, ia tidak kekurangan apa-apa (Mazmur 23:1). Dalam satu Mazmur yang lain, ia menulis, bahawa hanya TUHAN warisan dan cawannya (Mazmur 16:5).



Apakah yang membawa Daud kepada kepuasan berkekalan yang mendalam ini? Saya percaya ini adalah hasil daripada pilihannya untuk terus memuji Allah. Apabila kita membuat perbandingan dan merungut, kita menyingkirkan kepuasan hati kita. Walau bagaimanapun, hal yang bertentangan adalah benar. Lagi kita memuji dan menyembah Allah, lagi kita tertawan dengan Dia. Lagi kita bersyukur kepada-Nya, lagi kita rasa syukur. Lagi kita menyatakan kasih kita terhadap Dia, lagi kita mencintai-Nya. Secara beransur-ansur, timbullah kesedaran bahawa Dia – Allah yang maha mencukupi – adalah cukup. Sebenarnya, Dia lebih daripada cukup! Sesudah itu, kita berupaya menggemakan kata-kata Daud dan dengan ikhlas kita dapat mengumumkan, "Saya tidak kekurangan apa-apa!"



Bagaimana kalau anda memuji-Nya selama 15 minit setiap hari untuk lima hari seterusnya? Anda boleh menyenaraikan sifat-Nya yang membuat anda rasa syukur. Ataupun, anda boleh menggunakan lagu penyembahan untuk mendorong pujian anda. Bagaimana anda melakukannya tidak penting. Cuba memuji dan lihatlah apa yang berlaku kepada jiwa anda.



Sela – Berhenti Sejenak dan Merenung: Adakah anda cenderung membuat perbandingan dan merungut? Apakah rupanya berasa puas hati dengan Yesus sehinggakan anda dapat mengatakan dengan penuh ikhlas, " Saya tidak kekurangan apa-apa?"



Doa Pujian: Allah yang Suci, saya memuji-Mu kerana Engkau ialah Allah Pemelihara yang maha mencukupi. Engkau tidak kekurangan apa-apa dan Engkau berjanji bahawa Engkau akan memenuhi semua keperluan saya. Saya menyembah-Mu kerana menjadi warisan dan peruntukan saya. Dalam-Mu, saya menemui kepuasan tenang yang melebihi pengertian manusia kerana saya sedar bahawa Engkau ialah Allah yang murah hati dan penyayang. Segala sesuatu yang saya perlukan ditemui dalam-Mu. Terima kasih Allah kerana saya boleh bertenang dan rasa yakin dalam-Mu kerana Engkau berkuasa. Saya memuji dan menyembah-Mu sebagai Allah saya yang suci dan maha mencukupi.



Mazmur 16:5, "Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, Engkau memberi aku segala keperluanku; nyawaku ada di dalam tangan-Mu."


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Extraordinary Power of Praise: A 5 Day Devotional From the Psalms

Kekhuatiran, ketakutan, kesepian dan kemurungan telah bertambah dengan banyaknya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Emosi tersebut tidak asing bagi para pemazmur. Walau bagaimanapun, mereka belajar membebaskan k...

More

Kami berterima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-extraordinary-power-of-praise/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami