Info Pelan

Kuasa Luar Biasa Pujian: Renungan 5 Hari Daripada MazmurSampel

The Extraordinary Power of Praise: A 5 Day Devotional From the Psalms

HARI 1 DARIPADA 5

Memuji Allah Menyenyapkan Ketakutan Kita



2020 rasa seperti tahun yang gelap bagi banyak orang. COVID-19 memberikan pukulan hebat kepada seluruh dunia. Banyak orang yang kehilangan orang yang dikasihi, pekerjaan dan tempat tinggal. Kehidupan rasa muram semasa kita mendengar laporan berita tentang ketidakadilan perkauman, pemberontakan, polarisasi politik dan penembakan besar-besaran. Ketakutan dan kerisauan bertambah dengan mendadak.



Daud, pemazmur, juga menghadapi keadaan yang suram. Musuhnya bukanlah pandemik global tetapi seorang Raja yang berasa cemburu dan berkali-kali cuba membunuhnya. Apabila Daud rasa takut, Dia mencurahkan hatinya kepada Allah kemudian mengalihkan tumpuannya untuk memuji Allah. Kita melihat pola itu sepanjang hidup Daud.



Dalam hidup anda dan hidup saya, ketakutan ialah respons semula jadi apabila kehidupan rasa suram. Daripada menafikan ketakutan kita, Allah menjemput kita untuk mencurahkan hati kita di hadapan-Nya kemudian mengalihkan tumpuan kita untuk menyembah-Nya. Semasa kita memuji Allah kerana sifat-Nya yang berkuasa, Roh Kudus menyenyapkan ketakutan kita dan menyedarkan fikiran untuk memahami hadirat Allah dengan lebih baik. Memuji Allah membebaskan iman baru yang menggantikan keraguan, keberanian baru yang menggantikan rasa takut, dan ketenangan yang menakjubkan yang menggantikan kerisauan. Sebenarnya, anda tidak mungkin memuji Allah dan tidak diubah.



Sela - Berhenti Sejenak dan Merenung: Sepanjang kitab Mazmur, kita melihat perkataan Sela yang bermaksud berhenti sejenak dan merenung. Luangkan masa untuk merenung dan berfikir. Apabila hidup rasa suram, apakah mekanisme kendalian semula jadi anda?



Doa Pujian: Tuhan Yesus, saya memuji-Mu kerana Engkaulah cahaya bagi saya dan keselamatan saya. Saya memuji-Mu kerana ketika saya rasa takut, Engkau menjemput saya untuk membawa semua ketakutan saya ke kaki-Mu. Terima kasih Yesus kerana kesuraman keadaan saya tidak dapat menguasai cahaya hadirat mulia-Mu. Saya menyembah-Mu sebagai Cahaya yang bersinar dalam kegelapan. Saya memuji-Mu, kerana Engkaulah tempat perlindungan saya yang selamat dan kerana saya boleh terus berlari kepada-Mu. Meskipun sekarang, dalam tempoh yang menakutkan ini, hadirat-Mu menyelubungi saya. Saya memuji-Mu kerana keyakinan dan keberanian yang timbul dalam saya semasa saya menyembah-Mu dengan setia. Allah Tuhan, Engkaulah yang layak menerima semua pujian saya.



Mazmur 27:1, "TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar.


Hari 2

Perihal Pelan

The Extraordinary Power of Praise: A 5 Day Devotional From the Psalms

Kekhuatiran, ketakutan, kesepian dan kemurungan telah bertambah dengan banyaknya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Emosi tersebut tidak asing bagi para pemazmur. Walau bagaimanapun, mereka belajar membebaskan k...

More

Kami berterima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-extraordinary-power-of-praise/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami