Info Pelan

Kuasa Luar Biasa Pujian: Renungan 5 Hari Daripada MazmurSampel

The Extraordinary Power of Praise: A 5 Day Devotional From the Psalms

HARI 3 DARIPADA 5

Memuji Allah Membenarkan Anda untuk Melepaskan Kekecewaan Anda



Ada satu musim hidup saya yang rasa sangat suram. Barah membuat saya betul-betul lesu. Saya tertanya-tanya semasa musim itu, "Ikhlaskah saya jika saya memuji Allah semasa saya rasa teruk seperti ini?" Maksud saya, saya tidak rasa hendak melompat-lompat dan melaungkan, "Haleluya, saya menghidapi barah!" Semasa saya mengkaji kitab Mazmur, saya mendapati banyak Mazmur merupakan rintihan. Doa rintihan ialah doa yang dipenuhi soalan, kekecewaan dan keraguan. Apa yang saya mendapat tahu tentang para pemazmur ialah mereka tidak menahan diri dengan Allah. Apabila mereka rasa kecewa, mereka menyatakan perasaan mereka. Sering kali, penyembahan mereka ialah tangisan mereka (Mazmur 42:3). Pada waktu yang lain, mereka melepaskan kemarahan mereka pada Tuhan. Contohnya, pada suatu waktu dalam hidup Daud, ia rasa amat kecewa sehinggakan ia berdoa dalam Mazmur 58:6, "Patahkanlah gigi singa-singa muda itu, ya Allah; cabutkan taring mereka, ya Tuhan!" Saya ingat apabila saya membaca kata-kata ini buat pertama kali, saya berfikir, "Bolehkah kita berdoa seperti ini?"



Allah inginkan penyembahan jujur anda. Jika anda rasa kecewa, marah, atau sedih, Dia menjemput anda untuk membawa perasaan itu kepada-Nya. Curahkan semuanya di hadapan-Nya. Kemudian, ikutlah contoh para Pemazmur. Alihkan tumpuan anda kepada pujian. Allah berjanji bahawa Dia dekat kepada orang yang tawar hati dan menyelamatkan orang yang putus asa (Mazmur 34:18). Puji dan sembahlah Dia hari ini agar Dia menepati janji-Nya.



Sela – Berhenti Sejenak dan Merenung: Adakah anda rasa seolah-olah untuk menjadi seorang "Kristian yang baik" anda perlu sentiasa gembira? Bilakah Allah menemui anda ketika anda dilanda kesedihan?



Doa Pujian: Tuhan Yesus, saya memuji-Mu kerana Engkau menderita kesengsaraan dan biasa dengan kesedihan, semasa Engkau hidup di bumi ini (Yesaya 53:3). Terima kasih kerana Engkau melihat setiap air mata saya dan Engkau mendengar setiap kata-kata marah yang saya ucapkan. Saya memuji-Mu kerana Engkau menjemput saya untuk berterus-terang dengan-Mu berkenaan dengan semua perasaan saya. Terima kasih Tuhan, kerana semasa saya mencurahkan kesedihan saya dalam penyembahan di hadapan-Mu, Engkau menyembuhkan hati saya yang remuk. Saya memuji-Mu Tuhan kerana Engkau menghiburkan saya sebagai Bapa penyayang yang berbelas kasihan. Terima kasih Tuhan kerana Engkau ada dekat semasa saya menangis. Saya menyembah-Mu sebagai Allah Yang Maha Pemurah!



Mazmur 34:18, "Tuhan merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal."


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Extraordinary Power of Praise: A 5 Day Devotional From the Psalms

Kekhuatiran, ketakutan, kesepian dan kemurungan telah bertambah dengan banyaknya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Emosi tersebut tidak asing bagi para pemazmur. Walau bagaimanapun, mereka belajar membebaskan k...

More

Kami berterima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-extraordinary-power-of-praise/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami