Hidup yang Berurat BerakarSampel

The Deeply Formed Life

HARI 3 DARIPADA 5

“Pemeriksaan Dalaman”

Pemeriksaan dalaman ialah cara hidup yang mempertimbangkan realiti dunia dalaman kita demi perkembangan diri dan panggilan untuk mengasihi dengan baik. 

Sebahagian besar daripada kehidupan moden menentang bentuk kehidupan ini. Banyak masa kita diatur secara strategik dan separa sedar untuk mengelakkan daripada memandang di bawah permukaan. Kita kerap menganggotai komuniti gereja yang memperkukuh kekurangan kaji diri. Kita menggunakan Allah untuk menjauhkan diri daripada Allah, dan kita menggunakan Allah untuk melarikan diri daripada diri sendiri.

Dalam Mazmur 139, kita melihat hati seseorang yang merupakan contoh pemeriksaan dalaman yang berurat berakar: Daud. Empat belas ayat yang pertama dalam mazmur itu ialah tentang pengetahuan Allah tentang manusia dan Daud secara khusus. Namun, menjelang akhir mazmur itu, anda merasa bahawa Daud sedar bahawa walaupun Allah mengetahui segala hal tentangnya, Daud tidak mengetahui segala hal tentang dirinya sendiri. Maka, dengan rasa rendah hati dan sebagai pengakuan, dia menulis, 

Selidikilah aku, ya Allah, dan selamilah hatiku; 

ujilah aku dan ketahuilah fikiranku. 

Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku, 

dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi. (ayat 23-24) 

Kebanyakan daripada kita inginkan kesedaran akan Allah. Namun, hal yang satu lagi yang kita perlukan ialah kesedaran akan diri. Daud menegaskan bahawa Allah mengetahui segala hal, maka dia meminta penyataan tentang diri sendiri bukannya tentang Allah. Pembawaan hati Daud ialah menyelam ke dasar. 

Setakat ini dalam renungan ini, saya telah menegaskan kepentingan mendengar. Jalan bertafakur melibatkan mendengar Allah dengan baik-baik. Jalan perdamaian memerlukan mendengar satu sama lain dengan baik-baik. Jalan pemeriksaan dalaman melibatkan mendengar diri dengan baik-baik. 

Semasa meneliti Mazmur dan teks alkitabiah yang lain sebagai model pemeriksaan dalaman, kita mula melihat keutamaan diberikan kepada mengakses dan mengintegrasikan dunia dalaman. Walau bagaimanapun, ini memerlukan usaha. Daud, dalam Mazmur 139, melakukan tiga perkara secara berkesan dan kita diundang untuk mengikutnya. Dia meluangkan masa untuk pemeriksaan dalaman, dia cukup bersepadu untuk menyerahkan dunia dalamannya kepada Allah, dan dia berani menghadapi diri. Bagaimana dengan kita?

Tanya diri: Hari ini, apakah yang membuat saya marah? Sedih? Bimbang? Gembira? Biarlah wawasan ini memimpin anda untuk berdoa.

  

Perihal Pelan

The Deeply Formed Life

Seperti yang didefinisikan oleh seorang pastor New York, Rich Villodas, hidup yang berurat berakar ialah hidup yang ditandakan oleh integrasi, persilangan, penyambatan, perjalinan, dan kesatuan pelbagai lapisan pembentukan rohani. Bentuk hidup ini memanggil kita untuk menjadi orang yang memupuk hidup dengan Allah dalam doa, bergerak ke arah perdamaian, memperjuangkan keadilan, mengamalkan kehidupan batin yang sihat, dan memandang tubuh serta keseksualan kita sebagai kurnia yang harus dijaga.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.richvillodas.com/