Hidup yang Berurat BerakarSampel

The Deeply Formed Life

HARI 4 DARIPADA 5

“Kesihatan Seksual”

Dari mula lagi, cerita manusia melibatkan konflik yang mendalam dan pengasingan daripada tubuh kita. 

Allah telah memberikan manusia pertama, Adam dan Hawa, firdaus yang lengkap dengan segala-galanya dan batasan yang penting telah ditetapkan: mereka tidak boleh memakan buah daripada pokok hayat dan pokok pengetahuan. Tidak lama kemudian, ular muncul, menggoda pasangan itu untuk memakan buah larangan itu. Kita membaca ayat yang paling tragik dalam Alkitab: "Sebaik sahaja mereka makan buah itu, fikiran mereka terbuka dan mereka sedar bahawa mereka bertelanjang. Oleh itu mereka merangkaikan daun ara, lalu menutupi tubuh mereka dengan rangkaian daun itu” (Kejadian 3:7). 

Dosa telah merosakkan penglihatan mereka, yang ironiknya, dengan membuka mata mereka. Sebelum waktu ini, mereka melihat dengan mata Allah yang suci. Kini, mereka melihat dengan penglihatan kejatuhan manusia yang cacat. 

Akibat itu akan terus menghantui bangsa manusia. Sehingga hari ini, apabila kita fikir tentang tubuh dan keseksualan kita, fikiran kita sering kali dibebani rasa malu, sesal, sedih, dan marah.

Namun, ini bukanlah kesudahan cerita kita. Ada harapan lagi. Dengan kuasa dan kasih, Allah boleh membentuk kita secara mendalam menurut jalan Yesus. Dalam Dia, ikatan kita diputuskan. Luka kita bukanlah kata putus. Kristus menang. 

Dalam Yesus, manusia baru ditawarkan: manusia yang tidak dibelenggu oleh dosa dan rasa malu tetapi dibebaskan kepada kepenuhan kasih Allah. Dalam satu tindakan yang melibatkan pokok di Taman Eden itu, dunia ini memasuki pusaran dosa yang bahaya. Kemudian, Yesus datang dan, dalam satu tindakan kepatuhan, mengubah trajektori dunia untuk selama-lamanya. 

Ya, Adam dan Hawa bersembunyi di belakang pokok, telanjang, dan dikuasai rasa malu. 

Dalam Yesus, rasa malu bukanlah kata putus. Keinginan kita tidak harus terganggu lagi. Kita boleh hidup dalam kebebasan yang datang dalam nama-Nya.

Kesihatan seksual dicapai dengan bantuan orang lain. Adakah keinginan seksual anda terganggu? Carilah rakan atau kumpulan keseriusan. Adakah anda kesepian? Carilah ikatan sosial dengan orang lain. Adakah anda sudah berkahwin? Amalkan kepenuhan komunikasi dengan pasangan anda yang hanya tercapai melalui persetubuhan.

Perihal Pelan

The Deeply Formed Life

Seperti yang didefinisikan oleh seorang pastor New York, Rich Villodas, hidup yang berurat berakar ialah hidup yang ditandakan oleh integrasi, persilangan, penyambatan, perjalinan, dan kesatuan pelbagai lapisan pembentukan rohani. Bentuk hidup ini memanggil kita untuk menjadi orang yang memupuk hidup dengan Allah dalam doa, bergerak ke arah perdamaian, memperjuangkan keadilan, mengamalkan kehidupan batin yang sihat, dan memandang tubuh serta keseksualan kita sebagai kurnia yang harus dijaga.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.richvillodas.com/