2 KORINTUS 13:5-8
2 KORINTUS 13:5-8 BM
Ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan kepada Kristus. Tentu kamu tahu bahawa Kristus Yesus hidup dalam diri kamu, kecuali kamu tidak lagi percaya kepada-Nya. Aku harap kamu tahu bahawa kami telah diuji dan kami benar-benar rasul yang sejati. Kami berdoa kepada Allah semoga Dia menolong kamu supaya tidak berbuat salah. Yang penting adalah kamu melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah, dan bukan supaya nampaknya kami ini berjaya. Tidak mengapalah jika kami nampaknya gagal dalam tugas kami. Kami tidak dapat melakukan hal-hal yang bertentangan dengan yang benar, kami hanya dapat melakukan yang benar.