Hidup yang Berurat BerakarSampel

The Deeply Formed Life

HARI 5 DARIPADA 5

“Kehadiran Misi”

Ayat Alkitab: Matius 28:16-20; Kisah Rasul-rasul 1:8; 2 Korintus 5:11-21

Strategi kita yang paling berkesan untuk menjangkau dunia demi Kristus berasaskan bentuk orang yang kita menjadi. Kualiti kehadiran kita ialah misi kita. Berita baiknya ialah Yesus tidak menunggu kita untuk menjadi sempurna sebelum Dia menjemput kita untuk mengerjakan misi kita. Sebaliknya, menjadi "sempurna" menyebabkan kita tidak layak untuk menjadi rakan Yesus dalam misi. 

Semasa anda membaca Alkitab, anda akan melihat berulang kali bahawa Allah tidak memanggil orang yang sempurna. Allah sibuk memanggil orang yang remuk, takut, marah, tidak konsisten, pesimistik, meragui orang lain seperti anda dan saya. Lihatlah murid-murid awal Yesus. 

Ketika Yesus ditahan dan disalib, murid-murid-Nya meninggalkan Dia. Dia ditinggalkan bersendirian untuk menderita dan mati. Selepas kematian, pengebumian, dan kebangkitan-Nya, murid-murid tersebut menguncikan diri di dalam bilik kerana takut mereka akan dibunuh juga. Murid-murid tersebut telah menghampakan Yesus. Mereka tercicir. Siapakah yang inginkan orang seperti itu dalam kumpulan mereka? Jawapannya ialah tiada sesiapa pun kecuali Yesus. 

Yesus kembali kepada murid-murid-Nya yang gagal dan daripada mengingatkan mereka tentang kesilapan mereka, Dia mengutus mereka untuk misi. Selepas bersemuka dengan sahabat-Nya, Dia berkata, "Salam sejahtera! Sebagaimana Bapa mengutus Aku, demikian juga Aku mengutus kamu.” Kemudian Yesus menghembuskan nafas-Nya kepada mereka dan berkata, 'Terimalah Roh Allah'" (Yohanes 20:21-22). 

Meskipun semasa anda melakukan kesilapan, tidak mencapai apa-apa, dan kekalutan, Yesus datang kepada anda dan berkata, "Aku mahu kamu. Aku memanggilmu, dan Aku mengutusmu." Yesus tahu masalah anda, ketagihan anda, keasyikan anda, dan kegagalan anda, dan walaupun semua itu, anda dijemput untuk menyertai misi-Nya. 

Apakah keperluan terbesar orang yang terdekat dengan anda? Bagaimanakah anda boleh menjadi seperti Kristus kepada mereka dalam situasi tersebut?


Kami berharap Pelan ini telah menggalakkan anda. Ketahui lebih lanjut di sini

Perihal Pelan

The Deeply Formed Life

Seperti yang didefinisikan oleh seorang pastor New York, Rich Villodas, hidup yang berurat berakar ialah hidup yang ditandakan oleh integrasi, persilangan, penyambatan, perjalinan, dan kesatuan pelbagai lapisan pembentukan rohani. Bentuk hidup ini memanggil kita untuk menjadi orang yang memupuk hidup dengan Allah dalam doa, bergerak ke arah perdamaian, memperjuangkan keadilan, mengamalkan kehidupan batin yang sihat, dan memandang tubuh serta keseksualan kita sebagai kurnia yang harus dijaga.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.richvillodas.com/