Info Pelan

Orang yang Tidak Sempurna dalam Alkitab Sampel

Imperfect People in the Bible

HARI 7 DARIPADA 7

Paulus



Rasul Paulus, sebelum ini bernama Saulus, ialah orang Yahudi dan Farisi yang bersemangat. Hasratnya adalah menghapuskan keKristianan daripada dunia ini. Sebaliknya, Yesus muncul di hadapannya dalam perjalanan ke Damsyik. Peristiwa ini telah mengubahnya, dan ia menjadi rasul yang dikasihi yang kita panggil Paulus. 



Paulus bersemangat tentang kasih karunia yang dialaminya daripada Yesus. Sehingga ia bercakap tentang topik yang sukar dan tidak mengelakkan kontroversi. Ia memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan injil Yesus Kristus kepada orang bukan Yahudi. Ia mengasaskan banyak gereja dan menulis 13 daripada 27 kitab yang membentuk Perjanjian Baru. 



Berikut adalah dua pembelajaran berasaskan pengalaman daripada kehidupan Paulus:



Allah Tidak Membazirkan Apa-apa

Paulus merupakan orang Yahudi yang amat cerdas dan salih. Ia tahu akan agamanya itu luar dalam. Ia berasal daripada keturunan keluarga yang betul, melakukan semua perkara yang betul, dan menjalankan kehidupan yang "tidak bercacat" berhubung dengan taurat. Dalam kata-katanya, "Tetapi kerana apa yang sudah dilakukan oleh Kristus bagiku, semua yang dahulu aku anggap sebagai menguntungkan, kini merugikan" (Filipi 3:7 BM). Segala sesuatu yang dipelajarinya dan dilakukannya dalam kehidupannya tidak penting. Perkara yang menakjubkan tentang ini adalah sementara Paulus tidak menempatkan keyakinan pada masa silamnya, Allah pasti menggunakannya. Segala sesuatu yang diketahuinya sebenarnya membantunya mengajar orang lain bahawa semua itu tidak penting—hanya mengenali Yesus yang penting. 



Paulus Mempertaruhkan Semuanya

Sejak pertaubatan Paulus ketika ia buta sementaranya dalam perjalanan ke Damsyik, ia mengabdikan diri untuk mempelajari tentang Yesus. Surat-surat yang ditulisnya kepada gereja yang ditanamnya—Korintus, Galatia, Efesus, Filipi, Kolose—dipenuhi semangat dan hasratnya untuk melihat orang menerima mesej injil. Ia bukan pengikut Yesus  yang bersifat separuh hati yang bergantung pada didikannya yang hampir sempurna. Tidak, ia menyerahkan segala sesuatu dan memulakan kehidupan baru melayani Penyelamat yang telah Bangkit, yang sebelum ini dicemuh dan dipersendakan olehnya.



Sebelum Kristus campur tangan dalam kehidupan Paulus, ia melakukan banyak perkara yang jahat. Namun, sebaik sahaja Yesus menyelamatkannya dan memanggilnya untuk pelayanan menjadikan injil relevan dan sedia ada kepada semua orang, pengaruhnya betul-betul telah mengubah dunia ini.


Hari 6

Perihal Pelan

Imperfect People in the Bible

Sama ada anda sedikit atau banyak bercelaru berdasarkan standard manusia, anda memanglah calon utama untuk digunakan oleh Allah. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan belajar tentang enam individu daripada Alkitab yang telah...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion Originals kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://youversion.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami