Info Pelan

Orang yang Tidak Sempurna dalam Alkitab Sampel

Imperfect People in the Bible

HARI 5 DARIPADA 7

Yunus



Sering kali, kita mendapati diri dalam keadaan yang berdosa kerana kita tidak menumpukan perhatian. Kita menjadi malas dan akhirnya membuat pilihan buruk dengan akibat buruk. Pada masa lain, kita sedar apa yang sedang dilakukan apabila kita memilih untuk mengingkari Allah.



Nabi Yunus diperintah untuk pergi ke kota Ninewe oleh Allah untuk mengkhabarkan injil supaya penduduk di sana akan bertaubat dan berbalik kepada Allah. Jelas sekali, Yunus tidak teruja dengan perintah ini kerana ia betul-betul melarikan diri daripada Allah dan menuju ke Tarsis, kota yang terletak di arah yang bertentangan dengan Niniwe. Akhirnya, ia menaiki kapal untuk ke tempat yang sejauh mungkin daripada Ninewe. 



Malangnya, pilihan buruknya untuk mengelakkan perintah Allah tidak berjaya. Dalam sekelip mata, ribut memukul kapal itu dan mengancam untuk membunuh semua anak kapal. Dengan segera, Yunus menyedari bahawa keingkarannya terhadap perintah Allah adalah punca situasi tersebut. Maka, ia memberitahu anak kapal bahawa ini adalah salahnya. Yunus 1:15 BM menyatakan, "Kemudian mereka melemparkan Yunus ke dalam laut, lalu angin ribut berhenti mengamuk dengan serta-merta." 



Jika itu tidak cukup teruk, ia ditelan oleh seekor ikan yang besar. Dia menghabiskan tiga hari dan tiga malam dalam perut ikan itu sebelum dimuntahkan ke daratan. Sebaik sahaja ia keluar daripada perut ikan itu, ia memilih untuk mentaati Allah dan mengkhabarkan pertaubatan kepada kota Ninewe.



Berikut adalah dua pembelajaran berasaskan pengalaman daripada kehidupan Yunus:



Hadapinya, Jangan Melarikan Diri

Apabila Allah memerintah Yunus untuk mengkhabarkan pertaubatan kepada kota yang dipenuhi orang berdosa, ia harap ia tidak kena-mengena dengannya. Jadi, ia melarikan diri. Sekiranya Yunus mentaati Allah dan melakukan apa yang seharusnya pada mulanya, ia tidak perlu menghadapi akibat tindakannya, termasuk tinggal di dalam perut ikan yang meloyakan sepanjang hujung minggu. Sering kali, kita mengalami kesukaran dalam kehidupan dan memilih untuk tidak mempedulikan atau menafikan kesukaran itu, daripada menghadapinya. Maka, marilah kita menangani kesukaran dan pergumulan kita dan membenarkan Allah untuk menemui kita di tengah-tengah semua itu. 



Rancangan Allah Kekal

Sementara penduduk Ninewe adalah jahat dan menjalankan kehidupan berdosa, Allah ingin mereka berbalik kepada-Nya. Itu adalah rancangan awal-Nya dan itulah yang berlaku. Tanpa menghiraukan rancangan dan impian kita, kita perlu memahami bahawa Allah berdaulat. Ini adalah dunia ciptaan-Nya yang didiami kita. Kita wujud untuk tujuan-Nya, bukan sebaliknya. 



Kita semua perlu melakukan perkara yang kita tidak ingin lakukan. Daripada melarikan diri daripada tanggungjawab dan panggilan kita, marilah mentaati Allah dahulu dan lihat bagaimana Dia bekerja untuk mengubah hidup. Dia berdaulat dan kita harus menganggap itu sebagai penghormatan kerana dapat melibatkan diri dalam pekerjaan-Nya di dunia ini.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Imperfect People in the Bible

Sama ada anda sedikit atau banyak bercelaru berdasarkan standard manusia, anda memanglah calon utama untuk digunakan oleh Allah. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan belajar tentang enam individu daripada Alkitab yang telah...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion Originals kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://youversion.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami