Info Pelan

Orang yang Tidak Sempurna dalam Alkitab Sampel

Imperfect People in the Bible

HARI 6 DARIPADA 7

Petrus



Kita diperkenalkan kepada seorang nelayan bernama Petrus apabila Yesus memanggilnya untuk mengikut-Nya sebagai salah seorang daripada 12 orang murid. Ia ialah orang pertama yang dipanggil dan kerap kali orang pertama yang disebut apabila para murid disenaraikan, dan ini biasanya menunjukkan kepentingan seseorang itu. Ia merupakan sebahagian daripada "golongan dalaman," yang juga termasuk Yakobus dan Yohanes. Kepimpinannya adalah jelas dan ia biasanya orang yang paling berterus terang antara murid-murid itu. 



Walau bagaimanapun, bila tibanya masa untuk bersuara, ia tidak bersuara. Yesus meramalkan bahawa Petrus akan mengatakan bahawa ia tidak kenal akan Dia walaupun Petrus berkeras bahawa ia tidak mungkin berbuat demikian kepada Penyelamat dan Sahabatnya. Malangnya, itulah yang dilakukannya. Syukurlah, Allah belum selesai dengan Petrus dan mempunyai rancangan yang besar untuk menggunakannya untuk menyebarluaskan injil. Sejak waktu itu, Petrus menjadi bejana untuk Allah demi membawa Yesus kepada semua orang yang akan mendengar.



Berikut adalah dua pembelajaran berasaskan pengalaman daripada kehidupan Petrus:



Kita Melakukan Perkara yang Tidak Diduga

Petrus berkata bahawa ia tidak mungkin meninggalkan atau mengkhianati Yesus. Ia berkata walaupun ia perlu mati dengan Yesus, ia akan kekal bersama-Nya. Petrus melakukan satu-satunya perkara yang tidak dibayangkan akan dilakukannya. Kita kerap bersikap macam itu juga. Kita menilai orang lain berdasarkan pilihan buruk mereka dan berkata, "Saya tidak mungkin melakukan perkara seperti itu!" Kemudian, sesuatu berlaku dalam kehidupan kita atau kita terlupa untuk melindungi diri daripada pengaruh yang tidak saleh serta melakukan perkara yang kita kata tidak mungkin dilakukan. Memanglah bijak untuk memahami bahawa kita perlu berjaga-jaga, kerana musuh rohani kita suka merampas kita melalui cara ini. 



Allah Tidak Pernah Berputus Asa dengan Kita

Mengikuti Yesus dengan dekat selama tiga tahun, mengenali-Nya sebagai Penyelamat dan Sahabat, dan kemudiannya meninggalkan-Nya pada waktu paling kelam-Nya akan dianggap tidak dapat dimaafkan oleh banyak orang. Tidak kepada Yesus. Dia ialah pemberi kasih karunia dan peluang tambahan yang terutama. Seteruk mana pun penafian Petrus, Yesus masih mempunyai misi untuk kehidupan Petrus, iaitu "gembalakan" orang dengan mesej keselamatan dan harapan melalui Yesus. 



Meskipun dengan pengkhianatan silamnya, Petrus memberikan kesan yang besar terhadap Gereja dan penyebaran injil. Sementara ia tidak mati apabila Yesus ditahan, ia memang mati sebagai martir untuk Penyelamat, Tuhan, dan Sahabatnya.


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Imperfect People in the Bible

Sama ada anda sedikit atau banyak bercelaru berdasarkan standard manusia, anda memanglah calon utama untuk digunakan oleh Allah. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan belajar tentang enam individu daripada Alkitab yang telah...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion Originals kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://youversion.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami