Info Pelan

Orang yang Tidak Sempurna dalam Alkitab Sampel

Imperfect People in the Bible

HARI 1 DARIPADA 7

Tiada Orang yang Sempurna 



Kita mungkin pernah dengar frasa "tiada orang yang sempurna" dalam kehidupan kita. Barangkali kita pernah mengatakannya kepada orang lain untuk membuat mereka rasa lega tentang kesilapan mereka, ataupun kita memberitahu diri apabila kita mengamalkan tabiat yang tidak sihat. 



Walaupun kita sedar frasa itu adalah benar, sering kalinya memang sukar untuk berbelas kasihan dan memahami diri (dan orang lain) apabila kita berbuat silap. Apabila kita berbuat silap, kita mungkin fikir kita tiada apa-apa yang boleh disumbangkan, atau bahawa kita tidak dapat membuat perbezaan dalam dunia ini lagi.



Mujurlah, ini memang tidak benar. Allah bukan sahaja mengampunkan dosa kita dan mendamaikan kita dengan-Nya kerana kematian Yesus pada salib, malah Dia masih mempunyai rancangan untuk kita meskipun kita melakukan perkara yang tidak baik.



Sama ada anda telah buat silap yang kecil dan tidak mengalami akibat yang teruk ataupun telah membuat keputusan yang menyebabkan kekucar-kaciran dalam kehidupan anda, andalah calon utama untuk menjadi alat dalam tangan Allah kita yang baik. Dia pasti berupaya menguruskan segala sesuatu sendiri, tetapi, dalam kebaikan dan kedaulatan-Nya, Dia menjemput kita untuk menjadi sebahagian daripada orkestra agung berorientasikan Kerajaan yang sedang dipimpin-Nya. Walau apa pun keupayaan atau ketidakupayaan kita, masa semasa atau masa silam kita, pencapaian atau kegagalan kita, Dia mahu kita menyertai-Nya dan digunakan oleh-Nya untuk melaksanakan rancangan-Nya. 



Semasa kita menyambung Pelan ini, kita akan belajar tentang enam individu daripada Alkitab yang telah digunakan oleh Allah walau mana pun asal mereka, apa pun kebolehan mereka, ataupun betapa besarnya kesalahan mereka. Harap-harap, selepas mendengar cerita mereka, anda akan dipenuhi dorongan supaya anda, juga, boleh menjadi seseorang yang digunakan oleh Allah untuk mencapai rancangan-Nya di dunia ini. 



Renungan

Adakah anda cenderung berbelas kasihan terhadap diri apabila anda berbuat silap dan kurang berbelas kasihan terhadap orang lain yang berbuat silap? Adakah anda melihat diri sebagai seseorang yang boleh digunakan oleh Allah untuk memberikan kesan kepada orang lain? Mengapa ya atau mengapa tidak?


Hari 2

Perihal Pelan

Imperfect People in the Bible

Sama ada anda sedikit atau banyak bercelaru berdasarkan standard manusia, anda memanglah calon utama untuk digunakan oleh Allah. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan belajar tentang enam individu daripada Alkitab yang telah...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion Originals kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://youversion.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami