Info Pelan

Betulkah Saya Boleh Mengatasi Dosa dan Cubaan?Sampel

Can I Really Overcome Sin and Temptation?

HARI 5 DARIPADA 5

Bagaimana Pula Jika Saya Sudah Mengalah Kepada Cubaan?

Bagaimana jika ia sudah terlambat?


Anda melawan cubaan dengan kekuatan diri—dan kalah. 


Sekarang anda berdiri bersalah di hadapan Tuhan alam semesta yang kudus.


Kita semua pernah mengalami ini: "Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri, dan Allah tidak ada di dalam hati" (1 Yohanes 1:8).


Inilah yang kita harus lakukan: "Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah" (ay. 9).


Bawalah dosa anda kepada Bapa anda—sekarang. 


Akui kesalahan anda, bertaubat tentang kegagalan anda, dan memohon pengampunan-Nya. 


Tuntut janji-Nya untuk mengampunkan kesilapan dan dosa anda, untuk melupakan yang lepas-lepas dan tidak lagi mengingati kegagalan anda.


Adakah pengampunan Allah bermaksud bahawa kita boleh berdosa dan membuat pengakuan sesuka hati, kemudian berdosa dan membuat pengakuan lagi?


Ada akibatnya.


Saya boleh memaku paku ke dalam papan, dan anda boleh mengeluarkannya—tetapi lubang itu kekal pada papan itu. Ketaatan yang ditolak tidak dapat diperoleh semula. Kurnia untuk ketaatan kehilangan selama-lamanya.


Allah mengampunkan, tetapi penderitaan dosa kita masih menyakitkan—diri kita dan orang lain.


Walau bagaimanapun, kita boleh diampunkan oleh Dia yang mengutus Anak-Nya untuk mati di tempat kita untuk melunaskan hutang kita: "Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa" (Roma 5:8).


Rasa bersalah tidak berasal daripada Allah.


Bapa kita mengasihi setiap ahli keluarga-Nya. Kita masihlah anak-Nya, walaupun semasa kita tidak bertindak seperti anak-Nya.


Kasih kurnia bermaksud menerima apa yang kita tidak patut terima; belas kasihan bukanlah menerima apa yang kita patut terima.


Bapa kita di syurga memberikan kedua-duanya.


Adakah anda perlu membuka hadiah pengampunan-Nya hari ini?


Jika ya, jangan tunggu lagi. Bercakaplah dengan Bapa anda yang berada di syurga. Dia ingin mendengar daripada anda, anak kesayangan-Nya.


---


Untuk membaca lebih banyak lagi tentang mengatasi dosa dan cubaan, muat turun bab pertama buka Dr. Denison, 7 Deadly Sins, dengan percuma. 


Hari 4

Perihal Pelan

Can I Really Overcome Sin and Temptation?

Pernahkah anda menanya diri, "Mengapa saya masih bergelut dengan dosa?" Rasul Paulus pun menyatakannya dalam Roma 7:15: "Perkara-perkara yang ingin aku lakukan, tidak aku lakukan; tetapi perkara-perkara yang aku benci, i...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Denison Forum kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.denisonforum.org

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami