Info Pelan

Betulkah Saya Boleh Mengatasi Dosa dan Cubaan?Sampel

Can I Really Overcome Sin and Temptation?

HARI 1 DARIPADA 5

Betulkah Saya Boleh Mengatasi Dosa dan Cubaan?


Dalam 1 Samuel 13:14, nabi Samuel memberitahu Saul, raja Israel, bahawa ia akan digantikan kerana "Tuhan telah memilih seorang yang berkenan dalam hati-Nya dan Tuhan telah menunjuk dia untuk menjadi raja atas umat-Nya."



Walau bagaimanapun, beberapa dekad kemudian, "seorang yang berkenan dalam hati-Nya" itu berlaku curang dengan isteri orang lain, menyebabkannya hamil, dan membuat pakatan jahat untuk membunuh suaminya supaya ia boleh mengahwini wanita itu.



Dalam peristiwa ini, Raja Daud telah melanggar sembilan daripada Sepuluh Hukum:



10: Ia ingini isteri orang lain.



9: Ia berbohong tentang dosanya.



8: Ia mencuri isteri orang lain.



7: Ia berzina.



6: Ia membunuh suami wanita itu.



5: Ia tidak menghormati ibu bapanya.



2: Ia memuja Batsyeba.



1 dan 3: Ia memalukan Allah dan nama-Nya.



Sekurang-kurangnya Daud tidak melanggar Sabat—setahu kita.



Mengapakah orang yang berkenan dalam hati Allah melakukan ini?



Mengapakah kita berdosa? Bagaimanakah kita mengatasi cubaan? Apakah yang harus kita lakukan apabila kita tidak dapat mengatasi cubaan?



Inilah yang kita akan bincangkan sepanjang empat hari seterusnya.



Menjangka Akan Menghadapi Cubaan


Apabila Yesus mengatasi serangan Iblis, ia "meninggalkan Yesus untuk sementara waktu" (Lukas 4:13). Jika Tuhan kita menghadapi cubaan, kita akan menghadapinya juga.



Iblis memang nyata, dan ia membenci anda. Anda ialah musuhnya. Yesus mengingatkan kita bahawa "sejak permulaan, Iblis itu pembunuh," dan "dia pendusta dan asal segala dusta" (Yohanes 8:44). Ia "merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa" (1 Petrus 5:8). Ia mencuba dan menipu setiap orang.



Inilah sebabnya: "Apabila dia menuruti keinginannya yang jahat itu, maka lahirlah dosa; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian" (Yakobus 1:15).



Tandakan: dosa sentiasa membawa anda lebih jauh daripada yang diniatkan, menahan anda lebih daripada yang diingini, dan merugikan anda lebih daripada yang dijangkakan.



Selalunya.



Tanyalah Raja Daud. Baca 2 Samuel 12 untuk akibat yang membinasakannya.


Hari 2

Perihal Pelan

Can I Really Overcome Sin and Temptation?

Pernahkah anda menanya diri, "Mengapa saya masih bergelut dengan dosa?" Rasul Paulus pun menyatakannya dalam Roma 7:15: "Perkara-perkara yang ingin aku lakukan, tidak aku lakukan; tetapi perkara-perkara yang aku benci, i...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Denison Forum kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.denisonforum.org

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami